728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 26 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-006

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 55 pips dari paras tertinggi harian sekitar 0.7280 ke serendah 0.7225, sebelum menutup sekitar paras 0.7250; setelah kejatuhan angka pembinaan mengekang kenaikan Aussie. Kerja-kerja pembinaan yang dilakukan di Australia telah jatuh dengan lebih cepat daripada jangkaan pada suku ketiga, apabila kerja-kerja kejuruteraan mengurang di tengah-tengah kejatuhan pelaburan dalam sektor perlombongan.

Data dari Biro Perangkaan Australia menunjukkan jumlah kerja-kerja pembinaan bagi tempoh tiga bulan hingga September, menurun 3.6% kepada $49.04 bilion selepas pelarasan musim.  Ini menunjukkan kemerosotan yang lebih cepat daripada jangkaan ahli ekonomi untuk kejatuhan sebanyak 2%. Data baru ini mendedahkan kerja-kerja pembinaan adalah 3.7% lebih rendah berbanding pada masa yang sama setahun lalu. Tetapi bangunan kediaman telah meningkat ke paras tertinggi, terkesan dari kadar pinjaman rendah yang terus mengapung pembinaan dalam sektor ini.

Di pasaran Amerika Syarikat, keyakinan pengguna AS telah tidak disangka-sangka menyaksikan kemerosotan ketara pada bulan November, dengan kejatuhan kepada 90.4 berbanding 99.3 jangkaan dan 99.1 pada sebelum ini.  Walau bagaimanapun, tuntutan pengangguran dilaporkan lebih baik, dengan pengurangan kepada 260 ribu daripada 272 ribu pada sebelum ini. Konsensus pasaran adalah kenaikan kepada 273 ribu pemohon.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register