Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 27 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-005

Aussie Dollar susut lebih 50 pips Khamis semalam untuk ke paras terendah harian sekitar 0.7210 sebelum menutup sekitar paras 0.7225; setelah data perbelanjaan modal baru Austraia jatuh lebih rendah daripada yang dijangkakan, apabila para trader terus bimbang terhadap pertumbuhan China.  Aussie telah meningkat sejak kebelakangan ini, berikutan laporan buruh yang kukuh pada Oktober lalu dan jangkaan yang lebih rendah bagi penurunan kadar oleh RBA.

Biro Perangkaan Australia semalam berkata, perbelanjaan modal swasta menurun sebanyak 9.2% pada suku ketiga, berbanding jangkaan penurunan 3.0%. Perbelanjaan modal swasta telah jatuh 4.4% pada suku kedua, setelah disemak semula daripada yang dianggarkan sebelum ini, iaitu kejatuhan sebanyak 4.0%.  Sebelum daripada itu, laporan buruh Oktober lalu mengatasi jangkaan apabila 58,600 pekerjaan telah ditambah. Pasaran hanya menjangkakan peningkatan sebanyak 15 ribu. Kadar pengangguran pula telah jatuh kepada 5.9% daripada 6.2%.

Kebanyakan trader bersantai semalam menjelang cuti “Thanksgiving” Amerika Utara, dan mula memberikan tumpuan kepada data ekonomi minggu depan. Kini pasaran juga mula memandang kepada angka NFP Amerika Syarikat minggu depan, walaupun ia kini seolah-olah hanya satu formaliti apabila kejatuhan besar dalam keyakinan pengguna kelmarin, tidak banyak merubah jangkaan kenaikan kadar AS.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!