728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 28 April 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 28 April 2016

Aussie Dollar merudum lebih 210 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7548 sebelum menutup sekitar paras $0.7585; setelah laporan inflasi Australia keluar jauh meleset dari jangkaan.  Pada masa yang sama, mesyuarat FOMC dan BoJ yang dinanti-nantikan pasaran, menyebabkan pasaran mula mengambil untung belian.

Di pasaran Australia pagi semalam, angka inflasi suku pertama 2016 jatuh mendadak kepada -0.2% berbanding 0.4% pada suku keempat tahun lepas. Pasaran hanya menjangkakan kejatuhan kepada 0.3%.  Angka yang terburuk sejak suku pertama 2008 itu, membawa inflasi tahunan kepada 1.3% – lebih rendah dari sasaran RBA sebanyak 2-3%; sekaligus menimbulkan spekulasi penurunan kadar pada mesyuarat RBA minggu depan.

telegram-moshed

Kenaikan nilai Aussie sejak dua bulan lalu telah didorong oleh kadar pulangan yang baik, peningkatan selera terhadap risiko, harga komoditi, dan kestabilan di China.  Dengan keadaan pasaran ekuiti yang telah menghampiri puncak, harga komoditi yang tidak menentu, Aussie kini terancam dengan spekulasi penurunan kadar menjelang mensyuarat RBA.  Di pasaran hadapan, kontrak Aussie untuk bulan Jun jatuh ke paras terendah sekitar $0.7533 selepas laporan tersebut.

telegram-moshed

Dalam pada itu, di pasaran Amerika Syarikat awal pagi tadi, Federal Open Market Committee (FOMC) dalam mesyuarat awal pagi tadi, mengekalkan kadar tidak berubah dalam julat 0.25% – 0.5% selepas kenaikan kali pertama dalam satu dekad pada Disember tahun lalu.  FOMC juga dilihat mengeluarkan kebimbangan terhadap kegawatan ekonomi global dari kenyataannya, dan menekankan bahawa kenaikan kadar seterusnya akan bergantung kepada prestasi ekonomi semasa.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register