728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 28 Mac 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 28 Mac 2016

Aussie Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 38 pips dari paras tertinggi harian sekitar $0.7535 ke serendah $0.7497, sebelum menutup sekitar paras $0.7500; setelah pasaran berada dalam dagangan tipis sempena cuti ‘Good Friday’.

Di pasaran matawang, data kiraan pelantar mungkin merangsang Dollar Australia, menurut Stephen Innes, trader kanan pertukaran asing di Oanda. Kerana Australia bergantung kepada eksport komoditi, jangkaan sedikit kelegaan dari kejatuhan harga minyak boleh mempengaruhi matawang komoditi itu; walaupun Dollar AS agak kuat di belakang jangkaan kenaikan kadar Feds, dengan indeks Dollar kekal pada paras 96 mata.

Dollar AS mengukuh untuk hari keenam dan emas berada berhampiran paras terendah selama sebulan, selepas amaran daripada pegawai Federal Reserve AS bahawa peningkatan kadar seterusnya boleh datang secepat April.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register