728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 29 April 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 29 April 2016

Aussie Dollar merangkak naik Khamis semalam, dari paras terendah harian sekitar $0.7570 ke setinggi $0.7657 sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar $0.7622; setelah pasaran mengambil peluang kejatuhan untuk membeli Aussie.  Pada masa yang sama, laporan GDP AS malam semalam yang meleset dari jangkaan, mengekang kenaikan Dollar dengan lebih lanjut.

Ray Attrill, ketua global strategi tukaran asing di National Australia Bank (NAB), mengatakan bahawa penurunan dalam indeks harga pengguna pada hari Rabu, menjadikan bank itu kini menjangka “pengurangan 25 mata asas dalam Kadar Tunai kepada 1.75%” apabila RBA bermesyuarat minggu depan.  Dalam pada itu, Reserve Bank of New Zealand mengekalkan kadar tunai rasmi tidak berubah pada 2.25%. Dalam satu kenyataan dasar monetarinya, RBNZ berkata prospek pertumbuhan global telah merosot disebabkan oleh kelemahan di China dan pasaran negara membangun.

Aussie mengalami kemerosotan lebih daripada 2% sejak angka inflasi dilaporkan pada Rabu dimana laporan menunjukkan harga pengguna telah jatuh pada suku pertama 2016 – kejatuhan suku tahun pertama sejak Disember 2008. Sebelum data inflasi itu diterbitkan, pasaran memfaktorkan 11% kemungkinan untuk penurunan kadar pada mesyuarat RBA minggu depan.  Ianya melonjak kepada 50% pada Rabu, dan telah meningkat kepada 57% semalam. Kali terakhir RBA menurunkan kadar adalah pada Mei 2015, ke paras terendah dalam sejarah sebanyak 2%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register