Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 29 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-006

Aussie Dollar susut lebih 35 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7245 sebelum menutup sekitar paras yang sama, dalam dagangan tipis selepas pembukaan pasaran dalam minggu terakhir tahun 2015. Pasaran komoditi dilihat cuba untuk bangkit semula dan kenaikan harga minyak cuba menjulang mata wang berkaitan komoditi.  Namun dengan kebanyakan trader dan pengurus dana yang masih bercuti, pasaran dilihat kelihangan arah yang jelas sehingga tahun baru.

Satu perkara yang mendapat perhatian di pasaran Australia ketika ini, adalah harga bijih besi yang merosot.  Penurunan harga telah mendapat perhatian pasaran kewangan, dengan para penganalisis yang seolah-olah cuba untuk mengalahkan antara satu sama lain, dengan cuba memberi ramalan sama ada harga akan jatuh lebih rendah bagi. Bijih besi merudum dan beberapa pelombong berprofil yang mempunyai kos operasi yang tinggi mungkin menyusul.

telegram-moshed

Prospek masa depan bijih besi masih suram, dengan lebihan bekalan terus membina dan permintaan global terus lemah, terutamanya dari pengguna terbesar dunia, China. Ramai meramalkan bahawa ia akan mengambil masa yang panjang untuk pasaran mencari keseimbangan, sekaligus memberati harga buat sementara waktu. Pengurangan permintaan bijih besi dari China di tengah-tengah lebihan bekalan, telah mendorong harga pasaran bijih besi berkualiti tinggi jatuh lebih daripada 60% sejak awal 2014.

Lebihan bekalan ini adalah hasil daripada pelombong kos rendah, seperti BHP Billiton dan Rio Tinto, yang telah meningkatkan pengeluaran untuk memberi tekanan kepada pengeluar kos yang tinggi. Tanda-tanda membimbangkan telah muncul di seluruh pasaran dengan S&P baru-baru ini, menurunkan ramalan harga bijih besi dan berkata ia sedang memantau lapan pengeluar bijih besi terbesar dunia untuk kemungkinan penurunan taraf kredit, termasuk BHP, Rio dan Fortescue Metals Group.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register