banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 3 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-004

Aussie Dollar susut lebih 45 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar 0.7290 sebelum menutup sekitar paras 0.7310; setelah pasaran dipenuhi oleh aktiviti mengambil untung belian.  Agak mengejutkan bahawa pasaran seolah tidak memperdulikan Biro Perangkaan Australia yang melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada suku ketiga 2015 meningkat 0.9% dan 2.5% daripada tahun sebelumnya.

Dolar Australia sejak itu ditarik kembali ke sekitar paras 0.7315 dan diniagakan sekitar 0.7320 pada lewat petang Asia. Menurut penganalisis, pengembangan ekonomi tersebut adalah disebabkan oleh peningkatan dalam eksport komoditi dan adalah selaras dengan ramalan ahli ekonomi.  Walau bagaimanapun, data dari China yang suram sebelum ini dilihat memberati Aussie, lantaran China merupakan rakan dagang terbesar Australia.

telegram-moshed

telegram-moshed

Dengan momentum yang sudah terbina, serta keputusan Reserve Bank of Australia untuk tidak mengambil peluang bagi mengurangkan kadar atau bercakap untuk menurunkan nilai Aussie semula, Aussie seterusnya telah dibantu oleh data yang menunjukkan ekonomi Australia berkembang 0.9% pada suku ketiga.  Kini para penganalisis berpandangan bahawa kadar tidak akan diturunkan dalam masa terdekat.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register