Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 3 Mac 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 3 Mac 2016

Aussie Dollar memacu naik lebih 130 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7300 sebelum menutup sekitar paras $0.7290; selepas pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Australia bagi suku keempat 2015 yang lebih baik daripada jangkaan. Laporan itu menunjukkan bahawa ekonomi Australia meningkat lebih 3% dalam tempoh 12 bulan hingga akhir Disember, melebihi jangkaan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 2.65%.

Pakar ekonomi berkata kekuatan KDNK adalah disebabkan oleh penggunaan isi rumah yang meningkat, menyumbang 0.4% kepada kadar pertumbuhan GDP. Kekuatan dalam sektor ini dijangka terus menyokong Aussie apabila para trader mungkin akan menurunkan kemungkinan kecil mengenai pengurangan kadar RBA.

telegram-moshed

Pagi ini Australia bakal melaporkan defisit imbangan dagangan yang berkurang dari A$3.54 bilion kepada A$3.22 bilion. AS pula bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka berkurang dari 272 ribu kepada 271 ribu serta PMI perkhidmatan yang dijangka menurun dari 53.5 mata kepada 49.8 mata.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal