banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 3 Mei 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 3 Mei 2016

Aussie Dollar melonjak lebih 75 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7671 sebelum menutup sekitar paras $0.7665; setelah pasaran bersedia menjelang mesyuarat kadar RBA hari ini.  Ketika ini RBA dijangka mengekalkan kadar, tetapi terdapat juga kemungkinan pemotongan ekoran data inflasi Australia yang mengecewakan baru-baru ini.  Laporan ekonomi China yang kurang memberansangkan juga mengekang kenaikan Aussie.

Kayu ukur rasmi sektor perkilangan China, indeks PMI pembuatan, mencapai 50.1 mata pada bulan April, menurut agensi statistik negara China. Ia adalah bulan kedua berturut-turut penunjuk telah berpindah di atas 50, yang menandakan pertumbuhan. PMI bukan pembuatan, yang mengukur keadaan dalam sektor perkhidmatan dan firma pembinaan, merosot sedikit kepada 53.5 mata pada bulan lalu selepas satu lompatan besar pada bulan Mac.

Senior strategi pasaran di Westpac, Imre Spiezer berkata Aussie menjadi rendah, walaupun harga komoditi yang lebih kukuh, kerana pasaran berhati-hati pelabur menjelang keputusan kadar RBA. “Dollar Australia dijangka akan terus menguji bahagian sokongan 76 sen AS menjelang mesyuarat RBA,” katanya.

telegram-moshed

Dollar AS menjunam paling teruk minggu lepas dan semalam, selepas laporan ekonomi meleset dari ramalan, meredam prospek pertumbuhan setelah Federal Reserve AS mengambil dasar menanti bukti diperlukan untuk mewajarkan lebih kenaikan kadar. Matawang AS telah menghakis lebih separuh daripada lonjakan 9% tahun lepas, dan kini menghampiri tahap yang menunjukkan bahawa ia telah terlebih jual dan dijangka berpatah balik.

Kejatuhan Dollar telah menyakiti pelabur dalam pasaran saham antarabangsa, meningkatkan harga komoditi dan aset berhasil tinggi dalam pasaran negara membangun, dan merumitkan tugas bank pusat di seluruh dunia yang perlukan matawang mereka lemah untuk meningkatkan ekonomi negara.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register