banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 30 Mac 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 30 Mac 2016

Aussie Dollar yang jatuh lebih 55 pips sepanjang sesi Asia Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7510, kembali memacu naik lebih 130 pips untuk menutup lebih tinggi sekitar $0.7645; setelah program rangsangan dari PBoC membantu menaikkan matawang Asia.  Pada masa yang sama, komen Pengerusi Feds awal pagi tadi terhadap kenaikan kadar AS membuatkan pasaran kembali lega.

Feds Atlanta baru sahaja menerbitkan anggaran GDP terbarunya untuk suku pertama, yang telah diturunkan kepada 0.6% daripada 1.4%. Ini berikutan pengumuman data Februari untuk pendapatan peribadi dan perbelanjaan, dengan angka perbelanjaan Januari – daripada 0.5% kepada 0.1% dari segi nominal, dan dari 0.4% kepada 0.0% dalam nilai sebenar.

Serentak dengan angka inflasi teras yang lebih lemah daripada jangkaan bagi bulan Februari dan ucapan dari Pengerusi Federal Reserve AS Janet Yellen, sudah cukup memberi tekanan kepada Dollar AS, sekaligus dengan itu membantu untuk mengukuhkan Aussie. Pasaran meneliti ucapan Janet Yellen awal pagi tadi, dengan harapan untuk mencari penjelasan sekitar isyarat kenaikan kadar yang bercampur-campur baru-baru ini.

telegram-moshed

telegram-moshed

Minggu lalu, matawang Amerika itu mencatatkan lantunan semula yang kukuh dari paras terendah selama sembilan bulan, apabila pegawai Federal Reserve AS membayangkan kenaikan kadar boleh direalisasikan sebaik sahaja mesyuarat FOMC pada Aprildepan. Walau bagaimanapun, nada dovish Yellen – sebagai tindak balas kepada pertumbuhan global yang tidak menentu – telah meninggalkan pasaran keliru tentang arah kadar selanjutnya.

Pasaran meletakkan 6% peluang untuk kenaikan kadar pada bulan April dan 36% peluang pada bulan Jun. Aussie telah menerima sokongan padu dalam tempoh dua bulan lalu – melonjak 11% – selepas harga komoditi pulih sedikit dan Dollar AS kehilangan permintaan. Spekulasi sama ada RBA sedang mempertimbangkan untuk memotong kadar masih berterusan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register