728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 30 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-014

Aussie Dollar terus jatuh untuk hari ketiga, lebih 50 pips Khamis semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar 0.7065 sebelum menutup sekitar paras 0.7070; setelah jualan rumah baru Australia jatuh. Awal minggu ini, Australia melaporkan kadar inflasi yang paling lemah dalam tempoh tiga tahun, sekaligus meningkatkan pertaruhan bahawa RBA akan mengurangkan kadar.

Menambah kepada kebimbangan yang disuarakan oleh institusi seperti ANZ dan Morgan Stanley bahawa ledakan harta kediaman di Australia mungkin sedang perlahan, justru kurang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi daripada apa yang telah dilihat pada tahun-tahun kebelakangan ini.  Jualan rumah baru Australia jatuh banyak pada bulan September dengan HIA melaporkan penurunan sebanyak 4%.

telegram-moshed

telegram-moshed

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pinjaman kepada pelabur hartanah Australia telah menjadi perlahan dengan ketara; hasil daripada perubahan kawal selia daripada pengawal selia perbankan Australia APRA untuk mengurangkan pinjaman kepada segmen ekonomi ini. Caj modal yang lebih tinggi untuk bank-bank, sekatan yang lebih ketat ke atas pinjaman pelabur baru, dan kadar yang lebih tinggi; telah secara meluas menjadi pemangkin di sebalik kelembapan ini.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register