728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 31 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-014

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 35 pips dari paras tertinggi harian sekitar $0.7305 ke serendah $0.7270, sebelum menutup sekitar paras $0.7285 yang lebih rendah dari pembukaan sekitar $0.7295; setelah Dollar AS bangkit semula dengan jumlah dagangan pasaran masih rendah dan para trader yang bersedia untuk Tahun Baru.

Penganalisis mempunyai pandangan yang bercampur-campur mengenai prestasi Dollar Australia dan New Zealand pada 2016. Sesetengah menjangkakan dua matawang tersebut akan menunjukkan prestasi yang baik pada tahun depan berdasarkan prestasi sebelumnya, tetapi yang lain percaya bahawa mereka bersedia untuk kejatuhan jika pembuat dasar menolak untuk menurunkan kadar bagi merangsang pertumbuhan.

telegram-moshed

telegram-moshed

“Risiko termasuk cuaca, arena global, harga eksport yang rendah dan struktur metriks yang merosot, tetapi ada sebab-sebab untuk optimis juga. Pertumbuhan ekonomi seharusnya melihat kadar pengangguran mula jatuh lagi menjelang akhir 2016, walaupun persoalan masih kekal tentang dinamik inflasi,” ANZ Bank menulis dalam laporannya. Namun begitu, Bloomberg pernah berkata bahawa walaupun Dollar Australia dan New Zealand telah dianggap paling teruk di kalangan negara-negara maju, mereka mampu untuk kembali dengan prestasi terbaik.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register