banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 4 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-015

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 75 pips dari paras tertinggi harian sekitar 0.7360 ke serendah 0.7285, sebelum menutup sekitar paras 0.7340 lebih tinggi dari pembukaan, sekitar 0.7310; setelah PMI Perkhidmatan dan data pengeluaran China meleset dari jangkaan, yang seharusnya mendorong China untuk menambah lebih banyak rangsangan.

Di pasaran Australia, Biro Perangkaan Australia melaporkan semalam bahawa defisit perdagangan negara meningkat kepada A$3.305 bilion pada bulan Oktober daripada A$2.403 bilion pada bulan September.  Angka September itu juga telah disemak semula daripada defisit anggaran terdahulu sebanyak A$2.317 bilion.  Penganalisis menjangkakan defisit perdagangan bertambah kepada A$2.665 bilion pada bulan Oktober.  Angka yang meleset dari jangkaan itu, mendorong pasaran menilai semula permintaan untuk Aussie.

telegram-moshed

telegram-moshed

Laporan itu dibuat sehari selepas data menunjukkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Australia meningkat 0.9% pada suku ketiga, menewaskan jangkaan untuk peningkatan sebanyak 0.8%. Tahun-ke-tahun, Ekonomi Australia berkembang sebanyak 2.5%, lebih baik dari jangkaan kadar pertumbuhan sebanyak 2.4%.  Kini para penganalisis faham, mengapa RBA mengekalkan kadar dalam keputusan mesyuarat sehari sebelumnya.

Sementara itu, mata wang Amerika terus disokong oleh sentimen pasaran bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan kadar pada mesyuarat FOMC 15-16 Disember ini.  Pengerusi Feds Janet Yellen berkata bahawa Feds masih berada di atas landasan yang betul untuk menaikkan kadar bulan ini, sambil memetik “peningkatan berterusan dalam pasaran buruh” dan “keyakinan bahawa inflasi akan bergerak kembali ke matlamat kami 2% dalam jangka masa sederhana.”; sebagai asas untuk menaikkan kadar buat pertama kali selepas krisis kewangan 2008.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register