banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 4 Mei 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 4 Mei 2016

Aussie Dollar merudum lebih 235 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7482 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah Reserve Bank of Australia membuat keputusan untuk menurunkan kadar sebanyak 25 mata asas kepada 1.75%.  Keputusan yang mengejutkan pasaran itu datang selepas inflasi Australia mengecewakan minggu lepas dan laporan ekonomi China yang kurang memberansangkan.

Minggu lalu, ukuran suku tahunan inflasi Australia datang jauh di bawah jangkaan, sambil mencetuskan spekulasi besar-besaran menjelang mesyuarat kadar semalam. Aussie jatuh 2.1% selepas laporan inflasi tersebut – kejatuhan harian terbesar sejak Jun 2013 – dan pelabur berkata ia boleh dilemahkan lagi jika RBA meneruskan dengan penurunan kadar.

Aussie secara meluas dilihat sebagai proksi pelabur untuk keadaan ekonomi di China. Sektor pembuatan China berkembang kurang daripada yang dijangkakan pada bulan April, sekaligus menimbulkan keraguan mengenai kemampanan peningkatan dalam ekonomi ketiga terbesar dunia itu baru-baru ini. Indeks pengurus pembelian (PMI) mencapai 50.1 mata pada bulan April, mengurang dari Mac pada 50.2 mata dan hampir tidak melebihi paras 50 mata yang memisahkan antara pengembangan dan penguncupan.

telegram-moshed

Penganalisis yang dibanci oleh Reuters telah meramalkan bacaan itu akan meningkat kepada 50.4 mata, selepas data Mac yang meyakinkan mendorong harapan bahawa kelembapan ekonomi yang berpanjangan di China semakin pulih. Namun, penurunan kadar semalam lebih didorong oleh prospek ekonomi domestik dimana inflasi Australia yang datang tidak disangka-sangka menurun dibawah sifar, sekaligus mencetuskan deflasi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register