728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 4 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-003

Dollar Australia meningkat ke paras tertinggi dalam seminggu Selasa semalam, memacu naik lebih 100 pips ke paras tertinggi harian sekitar 0.7220 sebelum menutup sekitar paras 0.7185; selepas Reserve Bank of Australia mengekalkan kadar sedia ada dan memberi isyarat kemungkinan pemotongan kadar pada masa akan datang.

Bercakap selepas keputusan itu, Gabenor RBA Glenn Stevens berkata bahawa “prospek inflasi boleh memberi ruang untuk melonggarkan lagi dasar, yang harus sesuai untuk memberi sokongan kepada permintaan.”  Beliau menambah bahawa “dollar Australia sedang menyesuaikan diri dengan penurunan ketara dalam harga komoditi utama” dan “kaji selidik perniagaan mencadangkan persekitaran pernigaan beransur-ansur pulih sepanjang tahun lalu.”

telegram-moshed

Dolar Australia telah dijual secara mendadak sebelum pengumuman RBA, tetapi telah kembali pulih, sehingga 0.3% semalam. Keputusan semalam secara meluas telah dijangka, walaupun bacaan inflasi suku ketiga minggu lepas yang lemah agak mengejutkan disamping pengetatan kredit oleh empat pemberi pinjaman utama Australia, yang telah membuat pinjaman perumahan menjadi lebih mahal.

Encik Stevens mengakui kenaikan kadar gadai janji oleh empat pemberi pinjaman utama baru-baru ini, tetapi berkata, keadaan keseluruhan masih agak “akomodatif”. Pertumbuhan kredit telah meningkat sedikit dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan pertumbuhan dalam pemberian pinjaman kepada pelabur dalam pasaran perumahan menurun sedikit, manakala kepada penghuni dan bakal pemilik nampaknya meningkat,” tambah beliau lagi.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register