Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 5 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-audusd-002

Aussie Dollar merudum lebih 140 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7155 sebelum menutup sekitar paras $0.7190; setelah data yang mengecewakan dilaporkan dari China. Indeks Pembuatan AIG Australia juga dilaporkan lebih rendah berbanding bulan lepas. Indeks Caixin PMI Pembuatan China merosot kepada 48.2 mata berbanding 48.6 mata pada sebelumnya, malah lebih rendah dari jangkaan sebanyak 48.9 mata.

Aktiviti dalam sektor pembuatan China yang menguncup memperkukuh kebimbangan bahawa ekonomi kedua terbesar dunia mungkin terperangkap dalam kelembapan yang berlarutan, walaupun langkah-langkah rangsangan telah dilancarkan. Walaupun sektor perkhidmatan China mengakhiri 2015 dengan data yang kukuh, ekonomi masih kelihatan berkembang pada kadar yang paling perlahan dalam suku abad, sekaligus menunjukkan kerajaan perlu meningkatkan sokongan pada 2016 untuk memulihkan aktiviti ekonomi.

Permintaan yang berterusan lemah daripada sektor domestik dan antarabangsa telah memberi kesan kepada kilang-kilang di China, sekaligus menyebabkan banyak kapasiti terbiar dan memaksa mereka untuk mengurangkan harga jualan. Ini memakan keuntungan mereka dan menambah kepada tekanan deflasi dalam ekonomi yang lebih luas. Beberapa pemerhati China, bagaimanapun, percaya tahap pertumbuhan sebenar lebih lemah daripada data rasmi.

Pemimpin tertinggi China minggu lalu menggariskan sasaran ekonomi utama untuk tahun 2016, dengan berkata kerajaan akan menolak ke hadapan “reformasi penawaran” untuk membantu menjana enjin pertumbuhan industri baru disaat industri seperti pembuatan keluli menderita.  Tiada sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi dari Australia dan AS hari ini.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!