728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 5 Mei 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 5 Mei 2016

Aussie Dollar terus susut Rabu semalam, lebih 65 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7445 sebelum menutup sekitar paras $0.7451; setelah pasaran meneruskan tekanan jualan. Pemangkin di sebalik tekanan jualan adalah penurunan kadar oleh Reserve Bank of Australia sebagai reaksi kepada data inflasi yang lebih lemah dari jangkaan pada lewat minggu lepas.

Inflasi Australia yang jatuh di bawah paras sifar, sekaligus menandakan deflasi pada suku pertama 2016, telah membawa turun inflasi tahunan kepada 1.3% yang nyata lebih rendah dari sasaran RBA sebanyak 2-3%.  Inflasi teras yang tidak termasuk harga barangan tidak menentu, meningkat hanya 0.15% berbanding jangkaan pasaran sebanyak 0.5%.  Gabenor RBA Glenn Stevens dalam kenyataan beliau mengatakan inflasi rendah agak mengejutkan, walaupun beliau melihat ianya bersifar sementara.

Gabenor Stevens juga melahirkan kebimbangan bahawa penurunan kadar akan menyebabkan harga rumah meningkat, selepas bank-bank Australia mengetatkan dasar pinjaman pada tahun lepas.  National Australia Bank, bagaimanapun memberikan reaksi bahawa mereka akan mempastikan pengguna akan menikmati penurunan kadar ini.

telegram-moshed

Hari ini Australia bakal melaporkan jualan runcit yang dijangka meningkat dari sifar kepada 0.3% dan defisit dagangan yang dijangka berkurang dari A$3.41 bilion kepada A$.95 bilion.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka bertambah dari 257 ribu kepada 261 ribu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register