728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 6 April 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 6 April 2016

Aussie Dollar terus merudum untuk hari kedua Selasa semalam, lebih 115 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7510 sebelum menutup sekitar paras $0.7542; setelah para trader menjual ekuiti Asia dan matawang berisiko apabila kejatuhan harga minyak menakutkan pasaran. Australia juga mencatatkan defisit perdagangan yang lebih luas daripada jangkaan pada bulan Februari.

Defisit perdagangan yang disesuaikan mengikut musim, meningkat kepada A$3.41 bilion (US$2.59 bilion) pada bulan Februari, berbanding defisit sebanyak A$3.16 bilion pada bulan Januari, menurut Biro Perangkaan Australia, semalam. Eksport pula jatuh 1.0% pada bulan Februari, manakala import tidak berubah. Kejatuhan harga komoditi, nilai Dollar Australia yang semakin meningkat, dan kelemahan dalam permintaan di China meletakkan tekanan ke atas akaun perdagangan Australia.

telegram-moshed

Biro Perangkaan Australia juga melaporkan eksport bukan kewangan, seperti emas, jatuh sebanyak $290 juta, mengatasi penurunan sebanyak $200 juta untuk eksport luar bandar. Nilai eksport perkhidmatan juga merosot, jatuh $50 juta, atau 1%. Mengimbangi kejatuhan tersebut, nilai eksport bukan luar bandar meningkat sebanyak $232 juta, terima kasih kepada $386 juta peningkatan dalam nilai eksport bijih logam dan mineral. Eksport arang batu, kok dan briket jatuh sebanyak $213 juta.

telegram-moshed

Di sisi lain, import barangan dan perkhidmatan sebahagian besarnya tidak berubah, jatuh $54 juta kepada $28.675 bilion. Import barangan pengantara dan lain-lain jatuh sebanyak $269 juta, mengimbangi peningkatan $272 juta dalam import barangan kepenggunaan. Eksport perkhidmatan juga lemah, jatuh sebanyak $102 juta.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register