Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 7 April 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 7 April 2016

Aussie Dollar melonjak lebih 80 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7618 sebelum menutup sekitar paras $0.7598; setelah minit mesyuarat FOMC Federal Reserve yang disiarkan awal pagi tadi gagal membantu sokongan belian untuk Dollar.  Kenaikan Aussie semalam, adalah lebih kepada kesan kelemahan Dollar AS dari kekuatan Aussie sendiri, ekoran harga komoditi utama yang masih lemah.

Dengan harga komoditi utama seperti bijih besi lemah sekali lagi, kebanyakan trader menjangka defisit perdagangan mungkin akan terus memberi kesan negatif kepada Dollar Australia, kecuali berlaku peningkatan yang tidak dijangka dalam permintaan daripada China.  Aussie juga mendapat permintaan dari ‘carry trade’ ekoran kadar RBA yang lebih tinggi dikalangan negara-negara maju.

telegram-moshed

Minit mesyuarat FOMC Feds AS yang disiarkan awal pagi tadi menunjukkan majoriti ahli majlis mesyuarat FOMC dilihat teguh dalam mempertahankan keputusan untuk mengekalkan kadar yang dinaikkan pada Disember tahun lepas.  Namun demikian, terdapat beberapa ahli majlis yang mahukan kadar dinaikkan pada mesyuarat Mac lalu.  Mereka menyatakan kenaikan kadar yang berkala akan memudahkan pasaran untuk menyesuaikan diri.  Melambatkan kenaikan hanya akan memberikan lebih tekanan ketika kadar dinaikkan nanti.

telegram-moshed

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka berkurang dari 276 ribu kepada 271 ribu permohonan.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Australia hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register