banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 7 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-audusd-004

Aussie Dollar terus merudum untuk hari ketiga Rabu semalam, lebih 120 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7045 sebelum menutup sekitar paras $0.7070; setelah data PMI perkhidmatan China meleset dari jangkaan. Pada masa yang sama, Dollar AS melonjak apabila laporan pekerjaan ADP melaporkan pertambahan pekerja sebanyak 257 ribu untuk bulan Disember, yang lebih baik dari jangkaan 193 ribu dan 211 ribu pada bulan November; serta harga komoditi jatuh apabila pasaran saham Asia jatuh setelah Beijing terus menyusutkan nilai Yuan.

Di pasaran Australia, saham-saham Australia jatuh 1.3% bersama indeks S&P/ASX 200 Australia jatuh 1.7%, diterajui oleh kejatuhan dalam saham teknologi dan perlombongan, selepas kemerosotan 1.6% sebelum daripada itu. Bijih besi, sumber pendapatan eksport terbesar Australia, jatuh buat pertama kalinya dalam tempoh 12 hari.  Dalam pada itu, pulangan untuk bon Australia turun lima mata asas kepada 2.75%, sekaligus menunjukkan sentimen ekonomi Australia yang tidak diharapkan untuk pulih ekoran krisis yang melanda rakan dagang terbesarnya, China.

telegram-moshed

telegram-moshed

Semalam, aktiviti dalam sektor perkhidmatan China dilaporkan berkembang pada kadar paling perlahan dalam tempoh 17 bulan pada bulan Disember lalu, apabila Indeks Caixin/Markit PMI perkhidmatan dilaporkan pada 50.2 mata berbanding jangkaan 52.3 mata dan 51.2 mata pada bulan November. Ini adalah satu lagi petunjuk lagi bahawa ekonomi kedua terbesar dunia itu semakin kehilangan tenaga. Pembuat dasar dan ahli ekonomi berharap bahawa pertumbuhan dalam perkhidmatan akan mengimbangi kelemahan yang berterusan dalam sektor pembuatan China, namun ianya meleset.

Hari ini Australia bakal melaporkan kelulusan pembinaan bangunan untuk bulan November yang dijangka merosot dari 3.9% kepada 2.8% dibawah sifar, serta defisit belanjawan yang dijangka berkurang dari $3.31 bilion kepada $2.98 bilion.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka menurun dari 287 ribu kepada 271 ribu pemohon.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register