banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 8 April 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 8 April 2016

Aussie Dollar jatuh lebih 140 pips Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7490 sebelum menutup sekitar paras $0.7502; setelah pasaran bercakap tentang potensi kenaikan kadar AS pada bulan April daripada pembuat dasar FOMC, sesuatu yang biasanya akan melemahkan aset berisiko. Pasaran masih bingung dengan ketidakselarasan antara presiden-presiden Feds cawangan dan Pengerusi mereka, Puan Janet Yellen.

“Minit mesyuarat FOMC mendedahkan bahawa pegawai-pegawai Fed membahaskan kenaikan kadar pada April, tetapi beberapa ahli menyatakan pandangan bahawa pendekatan berhati-hati terhadap peningkatan itu adalah bijaksana dan menyatakan kebimbangan bahawa meningkatkan julat sasaran secepat April, akan memberi isyarat tergesa-gesa yang dirasakan tidak sesuai,” menurut Rodrigo Catril, strategis matawang di NAB.

telegram-moshed

Antara laporan sektor pembuatan dan perkhidmatan, terdapat tanda-tanda kestabilan yang semakin meningkat dalam ekonomi China. Dollar juga masih di bawah tekanan, selepas minit mesyuarat Federal Reserve terkini menunjukkan ramai ahli FOMC mahu bergerak dengan berhati-hati pada kenaikan kadar, sebahagiannya kerana hanya ada sedikit ruang untuk melonggarkan dasar sekiranya perlu.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register