Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 8 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-017

Aussie Dollar merudum lebih 80 pips sepanjang tiga sesi dagangan Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar 0.7255 sebelum menutup sekitar paras 0.7265; setelah para trader mengambil untung belian dan bersedia untuk data pekerjaan bulanan Australia pada Khamis ini. Sebelum daripada itu, Aussie melonjak minggu lalu selepas Dollar menjunam, terkesan dari kekurangan rangsangan tambahan dari ECB, namun kini mula susut perlahan-lahan apabila Dollar mendapat permintaan semula.

Kenaikan kadar tukaran AUD/USD lebih 210 pips pada minggu lalu, yang hadir ditengah-tengah tekanan berterusan ke atas harga komoditi utama Australia, disamping data AS yang kukuh dan mengesahkan kenaikan kadar buat buat kali pertama sejak Jun 2006; menyebabkan ramai penganalisis mempersoalkan sama ada Aussie akan terus menentang graviti. Elias Haddad, pengarah mata wang dan ekonomi antarabangsa di CBA, menjangkakan bahawa minggu ini akan menjadi tidak menentu bagi Australia dengan kecenderungan ke bawah berbanding USD dan EUR.

Di Australia tumpuan utama adalah terhadap laporan pekerjaan bulan November. Ahli ekonomi CBA menjangkakan ekonomi Australia kehilangan 10 ribu pekerjaan pada November lalu, selepas kenaikan kukuh pada bulan sebelumnya dan kadar pengangguran dijangka naik 0.1% kepada 6.0%. Sementara itu, data aktiviti ekonomi China untuk November dijangka mengecewakan ekoran petunjuk utama menunjukkan penguncupan eksport Cina. Jualan runcit China, pengeluaran perindustrian dan pelaburan juga dijangka perlahan pada bulan November.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register