728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 9 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-audusd-017

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar $0.7130 ke serendah $0.7050, sebelum menutup sekitar paras $0.7085; setelah pasaran dipenuhi spekulasi rangsangan tambahan daripada Peoples Bank of China. Walau bagaimanapun, kekuatan Dollar AS mengekang kenaikan. Pada masa yang sama, harga bijih besi yang semakin meningkat membantu Aussie mendapat sokongan belian. Minggu ini China bercuti sempena Tahun Baru dan ini dilihat mengurangkan turun naik dari pasaran.

Di pasaran komoditi, harga bijih besi melonjak lebih daripada 7% minggu lepas, terkesan daripada gangguan bekalan yang kini mengalir ke dalam pasaran kewangan. Berita baik untuk pelombong yang sedang berjuang untuk mengawal kos dalam menghadapi kejatuhan pasaran selama 18 bulan, harga kini tidak jatuh untuk lapan sesi dagangan yang lalu. Kejatuhan Dollar AS minggu lepas juga menjadikan ianya lebih murah untuk trader membeli bijih besi, yang disebutharga dalam Dollar AS.

Namun, dalam jangka panjang, kebimbangan terhadap permintaan dari China yang perlahan dan lebihan bekalan boleh terus memberikan tekanan kepada harga bijih besi. Bank Dunia baru-baru ini meramalkan komoditi itu akan diniagakan pada purata $42/tan metrik tahun ini. Dengan China dan New Zealand yang bercuti pasaran dijangka dalam dagangan tipis minggu ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register