728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 9 Mac 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 9 Mac 2016

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $0.7410 ke setinggi $0.7470, sebelum menutup sekitar paras $0.7440; setelah pasaran dipenuhi kegiatan mengambil untung belian dari kenaikan sejak awal bulan lalu.  Pada masa yang sama, laporan dagangan China yang lemah meniupkan kembali kebimbangan pasaran terhadap pemulihan ekonomi global.

Di  pasaran Australia semalam, National Australia Bank melaporkan keyakinan perniagaan yang stabil, disamping komen Timbalan Gabenor RBA Philip Lowe yang positif terhadap ketahanan ekonomi Australia berbanding kebanyakan negara lain, sedikit sebanyak membantu sokongan belian untuk Aussie.  RBA dijangkan akan terus mengekalkan kadar, walaupun inflasi rendah yang berterusan berkemungkinan membuka ruang untuk penurunan selanjutnya.

telegram-moshed

Hari ini Australia bakal melaporkan sentimen pengguna dan pinjaman perumahan yang boleh menawarkan maklumat keadaan terkini ekonomi Australia.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register