728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 9 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-016

Aussie Dollar merudum lebih 145 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 0.7020 sebelum menutup sekitar paras 0.7040; setelah data ekonomi China yang merupakan rakan dagang terbesar Australia lemah berterusan, dan pada masa yang sama Dollar terus kukuh apabila sentimen kenaikan kadar pada Disember ini bertambah nyata apabila laporan pekerjaan AS keluar memberansangkan.

Di pasaran Australia, dalam satu kenyataan suku tahun mengenai dasar monetari, Reserve Bank of Australia berkata, kadar pengangguran akan kekal dalam julat baru-baru ini – antara 6 hingga 6.25%, dan kemudian beransur-ansur turun. Sebelum daripada itu, Pengarah Strategi FX BK Asset Management Boris Schlossberg berkata pemacu lebih menarik untuk mata wang adalah laporan NFP Amerika Syarikat yang disiarkan lewat malam waktu Australia.

telegram-moshed

telegram-moshed

Dollar AS meningkat lebih tinggi berbanding pesaing utamanya, apabila para pelabur berharap laporan mengenai pertumbuhan pekerjaan pada bulan Oktober, akan menyokong langkah Federal Reserve AS untuk menaikkan kadar pada Disember ini.  Laporan yang keluar lebih baik dari jangkaan itu, telah memacu Indeks Dollar ke paras tertinggi dalam masa 6 bulan; sekaligus melemahkan matawang lain.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register