Australia Dan New Zealand Menongkah Arus Masing-Masing

0 3

Selain daripada matawang Pound, matawang Australian Dollar juga akan diberi tumpuan minggu hadapan dengan laporan sektor buruh dan ucapan daripada beberapa orang penggubal dasar.

Sell-off pada pasaran saham Amerika Syarikat semalam sekaligus memadam kekuatan AUD minggu ini.

Reserve Bank of Australia mengekalkan interest rate mereka 6 September lalu dengan kenyataan, “Data terakhir menunjukkan perkembangan ekonomi secara keseluruhan adalah baik walaupun berlakunya penurunan pada pelaburan bisnes, ia dibantu dengan perkembangan keperluan domekstik dan eksport”.

Dasar kewangan yang neutral dilihat positif buat matawang AUD namun dinafikan dengan pengukuhan US Dollar.

Minggu depan kita akan menantikan laporan jualan runcit dan pengeluaran industri dari China yang akan memberi kesan kepada AUD dan NZD.

Harga produk tenusu yang meningkat mengukuhkan New Zealand Dollar melawan Australian Dollar.

Fokus yang diberikan yang berkaitan dengan NZD pada minggu hadapan ialah laporan GDP suku kedua yang dilihat akan menguatkan NZD.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa