Quotes by TradingView

Author: Team Moshed

Harga Komoditi Hitam Melonjak Selepas Data EIA Merekod Kemerosotan

Data terbaru oleh Energy Information Administration (EIA) menunjukkan data merekodkan pengurangan inventori sebanyak 3.3 juta tong minggu lalu di mana sebelum itu juga mencatat pengurangan 8.9 juta tong. Jangkaan untuk data kali ini adalah terdapat pengurangan inventori sebanyak 3.5 juta tong. Hal ini telah menolak harga minyak mentah US oil lebih tinggi selepas data ini dikeluarkan. Inventori pad...Read More

Ancaman ‘Government Shutdown’ Oleh Trump Menyebabkan Pasaran US Dibuka Rendah

Pasaran saham Amerika Syarikat dalam dagangan awal merekodkan kejatuhan disebabkan perkembangan politik di US yang meningkatkan kebimbangan terhadap terjadinya ‘Government Shutdown‘. Wallstreet ketika ini secara keseluruhan didagang lebih rendah, dengan S&P500 susut 0.31%, Dow Jones susut 0.28% dan Nasdaq susut 0.32% setakat pukul 10.25 malam. Walaupun, Wallstreet ditutup lebih tin...Read More

UK Degil Mahu Rundingan Hubungan Di Masa Hadapan Bersama EU

Michael Barnier, ketua perunding Brexit untuk Kesatuan Eropah berkata pada Selasa pendirian Brussels “pada hari pertama rundingan” adalah jelas dan telah menggariskan sembilan pendirian yang telah dikeluarkan oleh ketua-ketua negara Zon Eropah. Komen ini dibuat selepas, David Davis ketua perunding UK menggesa unttuk mempercepatkan rundingan dan bersetuju dengan hubungan dagangan di mas...Read More

Trump Memberi Amaran Mungkin Menamatkan Perjanjian NAFTA

Presiden Trump memberi amaran pada Selasa bahawa beliau berkemungkinan akan menamatkan perjanjian North American Free Trade Agreement (NAFTA) dengan Mexico dan Canada selepas rundingan tiga-hala dilihat gagal membawa ke titik persamaan. Amerika Syarikat, Canada dan Mexico memulakan rundingan pertama mereka pada Ahad bagi memperbaharui struktur perjanjian namun tidak banyak perkara positif yang ter...Read More

Ini Adalah Event Yang Semua Trader Wajib Hadir Pada Hujung Minggu Ini!

Anda seorang trader yang minat tentang pelaburan, pasaran kewangan dan ekonomi? Jika anda tidak ke mana-mana hujung minggu ini, kami cadangkan anda kunjungi EKSPO PELABURAN TERBESAR DI MALAYSIA! – INVEST FAIR 2017 di MIDVALLEY HUJUNG MINGGU INI. Jika anda ada kemana-mana pun kami cadangkan batalkan sahaja rancangan anda dan terus ke EKSPO ini! Jarang sebenarnya ekspo pelaburan ada di Malaysi...Read More

Pasaran Saham Eropah Di Buka Lebih Tinggi Pada Rabu, Euro Stoxx 50 Naik 0.30%

Pasaran saham Eropah dibuka lebih tinggi pada Rabu menjelang pengumuman data-data PMI sektor perkhidmatan dan sektor pembuatan hari ini walaupun pelabur masih dilihat sedikit berhati-hati menjelang simposium Jackson Hole. Dagangan pagi di Eropah menunjukkan Euro Stoxx 50 naik 0.30% namun kini jatuh kepada 0.08% setakat pukul 4 petang selepas sejam pembukaan pasaran Eropah. Di Perancis, CAC40 menam...Read More

Wallstreet Didagang Lebih Tinggi Dalam Sesi Awal Pasaran US

Pasaran saham US, Wallstreet dibuka lebih tinggi pada Selasa dengan Dow Jones, S&P500 dan Nasdaq didagang lebih tinggi setakat ini dengan masing-masing naik 0.56%, 0.62% dan 0.90%. Pasara setakat pukul 10.47 malam ini dilihat semakin baik dengan para pelabur beralih kepada pasaran ekuiti selepas dua minggu yang tidak menentu. S&P 500 jatuh 2.1% dalam tempoh dua minggu lalu yang merupakan k...Read More

Jualan Runcit Kanada Meningkat Dengan Signifikan Pada Jun

Jualan runcit (retail-sales) Kanada meningkat 0.1% pada Jun kurang daripada jangkaan pasaran 0.2% dan kenaikan 0.5% yang dicatat pada Mei. Manakala kenaikan tahunan berada di paras 7.3% pada bukan Jun. Jualan runcit teras (core retail-sales) pula naik dengan signifikan sebanyak 0.7% pada tempoh sama melebihi jangkaan 0.00% dan kemerosotan 0.1% pada Mei. Data ini meningkat 6.6% dalam tempoh 12 bula...Read More

PENTING! Sentimen Semasa Pasaran Forex Yang ‘Tidak-Menentu’ Ketika Ini

Pasaran minggu ini tidak banyak berhadapan dengan data-data ekonomi, yang sedikit sebanyak menyebabkan pergerakan pasaran juga tidak menentu. Pasaran ketika ini memberi tumpuan kepada simposium Jackson Hole yang mengumpulkan ahli-ahli bank pusat global. Tumpuan sudah pasti kepada Janet Yellen pengerusi The Fed dan Presiden ECB, Mario Draghi, di mana antara sebab kejatuhan euro disebabkan oleh spek...Read More

Pengenalan ‘Ringgit Future’ Oleh Singapura, BNM Beri Peringatan Keras

Tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran kepada institusi perbankan yang beroperasi menggunakan lesen di Malaysia untuk tidak terlibat dalam dagangan hadapan (future) Ringgit di Singapore Stock Exchange dan Intercontinental Exchange dilihat akan memberi faedah kepada Ringgit, kata penganalisis kewangan. “Tindakan yang diambil oleh BNM akan memberi faedah kepada Malaysia kerana ia a...Read More

Sentimen Pasaran Forex Setakat Ini, EURUSD Naik Hampir 90 Pip

Matawang euro melonjak semula pada Isnin, tetapi masih jauh di bawah paras tertinggi dua tahun lalu yang dicapai pada awal bulan ini dengan kebimbangan pasaran terhadap komen oleh ECB dalam minit mesyuarat minggu lalu tentang pengukuhan euro. Dengan data-data yang minima minggu ini, pasaran ketika ini memberi tumpuan kepada konferens ahli-ahli bank pusat di Jackson Hole minggu ini sama ada terdapa...Read More

Minyak Mentah Jatuh Selepas Kenaikan Mendadak Minggu Lalu

Ketidaktentuan dalam pergerakan US dolar terus memberikan sokongan kepada harga minyak mentah di mana pasaran ini lebih optimis dengan asas pasaran, selepas kejatuhan inventori di Amerika Syarikat sejak beberapa minggu lalu. Harga minyak mentah dunia terutamanya WTI (West Texas Intermediate) melonjak pada Jumaat dari paras terendah $47 setong kepada $48.50 setong. Hal ini disebabkan terdapatnya bu...Read More