Awas!! Wang Crypto Ini Tidak Diakui Sah Oleh BNM

0 3,389

Bank Negara Malaysia (BNM) baru sahaja mengeluarkan kenyataan melalui laman web rasmi mereka pada 11 Mac 2018 agar orang awam berhati-hati dengan platform pelaburan matawang crypto Coinzer. BNM tidak mengesahkan apatah lagi menyokong platform dan matawang crypto Coinzer. Penggunaan logo BNM dan Jata Negara ke atas reka bentuk coin, white paper dan laman web https://www.coinzer.co adalah tidak sah.

Orang awam terutamanya pedagang crypto dinasihatkan lebih berhati-hati dan menaksirkan risiko dengan sebaik-baiknya dalam pelaburan matawang crypto.

BNM juga menyatakan bahawa matawang crypto bukanlah wang yang sah di Malaysia. Oleh sebab itu, matwang crypto/digital tidak lindungi oleh piawai atau peraturan pasaran yang dikendalikan BNM.

Walaubagaimanapun, Coinzer telah mengeluarkan press statement bagi menjawab kenyataan BNM. Permohonan reka bentuk fizikal coin telah dihapuskan dari Whitepaper yang dikeluarkan pada 7 Mac.

Coinzer juga menyatakan bahawa pihak mereka sedang cuba mendapatkan kerjasama daripada pihak kerajaan Malaysia.

Di sini kami lampirkan kenyataan Coinzer ;

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa