728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Baca Apa Jangkaan Bank Goldman Sachs Untuk FOMC Minggu Ini. Interest Rate Naik atau Tidak?

Baca Apa Jangkaan Bank Goldman Sachs Untuk FOMC Minggu Ini. Interest Rate Naik atau Tidak?

Keputusan FOMC bakal diumumkan pada jam 2 pagi Khamis ini (waktu Malaysia) sama ada Interest Rate dinaikkan oleh Federal Reserve US (Fed) ataupun tidak.

Apa pendapat dari Goldman Sachs? Jom kita baca sini.

Goldman Sachs seperti dilaporkan di dalam forexlive berpendapat, selepas keluarnya result data laporan pekerjaan Mei yang agak lemah, pelabur ramai berpendapat yang kemungkinan Fed tidak akan menaikkan Interest Rate pada FOMC minggu ini. Mereka berpendapat, kemungkinan naik mungkin pada bulan Julai pula atau paling lewat September.

telegram-moshed

Persoalan utama kali ini, adalah sama ada “Job Report” sebelum ini hanyalah laporan yang menyimpang dari asal(bertujuan lain) ataupun ia betul-betul menandakan kemerosotan dalam pasaran buruh sudah bermula.

Apa-apa jua faktor, Goldman Sachs merasakan ia adalah terlalu awal untuk “sound the alarms” yang menandakan kemerosotan pasaran buruh sudah bermula.

Kami jangkakan yang Fed akan jadi agak degil untuk naikkan Interest Rate minggu ini, tetapi masih menyimpan hasrat untuk naikkan pada waktu terdekat.

Selepas review data pekerjaan dan info dari cara percakapan Fed dengan lebih lanjut, kami rasakan yang “percentage kemungkinan” Fed Rate naik dalam beberapa siri Mesyuarat FOMC selepas ini agak meningkat.

35% peluang untuk Rate naik pada July (menurun dari jangkaan asal 40%)
tetapi
35% peluang untuk Rate naik pada September (menaik dari jangkaan asal 30%)

goldmans-fomc

Info MoshedFX: Nilai percentage yang ditunjukkan diatas adalah “percentage jangkaan kenaikkan” ya, bukan kadar rate tu naik banyak tu.

Sila lihat gambar di atas, “rate hike expectation” pada Jun naik selepas FOMC meeting April, tetapi selepas keluar saja news Payroll May, terus expectation tu berkurang.

Pada pendapat Goldman Sachs, “kami masih tidak bertukar fikiran yang kami rasakan rate bakal naik sebelum atau pada September.”

Dengan data unemployment 4.7%, gaji menaik, keadaan kewangan negara lebih mudah, kiranya Fed sekarang ada limit masa untuk “delay” kenaikkan rate, tetapi tidak boleh terlalu lama “delay”.

Info ini digarapkan dari US investment house Goldman Sachs 13 Jun 2016.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register