728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Inspirasi

Baca Artikel Ini dan Anda Akan Nampak Olimpik di Rio Bukan Hanya Mengajar tentang Sukan!

Baca Artikel Ini dan Anda Akan Nampak Olimpik di Rio Bukan Hanya Mengajar tentang Sukan!

Minggu ini, seluruh dunia memberi perhatian kepada 11,414 atlet Olimpik yang mula berkampung di Rio. Menang atau kalah bukan persoalannya, asalkan mereka sudah sampai ke satu arena paling berprestij di dunia.

Bukan mudah untuk sampai ke sana.

Berlatih tanpa mengira masa. Bermandi peluh meninggalkan keluarga. Malahan meletakkan passion sukan melebihi segala-galanya dalam diri mereka. Sebenarnya prinsip yang digunapakai ini boleh anda selitkan dalam hidup anda untuk mencapai apa jua yang anda inginkan.

Tiada yang mustahil bagi mereka. Juga tiada yang mustahil bagi kita. Sebab kita dengan mereka, tiada beza.

Untuk berjaya, anda mungkin boleh mengambil contoh usahawan yang mempunyai jualan berjuta. Namun, melalui peserta olimpik ini kita akan dapat melihat contoh yang hampir sempurna.

Disini kami gariskan 3 kunci utama.

  1. Passion

Ini merupakan tunjang utama kerana passion atau minat seseorang itu ibarat minyak yang akan menggerakkan enjin. Tanpa minat, anda tidak mungkin dapat meneruskan impian anda.

  1. Tiada jalan mudah untuk berjaya.

Memetik kata-kata Michael Jordan, beliau pernah terlepas 9000 cubaan untuk membuat jaringan dan pernah kalah dalam 300 perlawanan.

“Tapi, apa yang boleh saya belajar dari pengalaman? Pengalaman menjadikan kita lebih dekat dengan impian!” –Michael

  1. Keutamaan perlu diletakkan sebagai fokus.

Kita boleh meletakkan apa sahaja sebagai fokus kerana tumpuan adalah pilihan. Jika dikaitkan dengan kesemua 11,000 atlit tadi, bayangkan berapa banyak parti hari jadi yang mereka terlepas demi mengikut jadual latihan. Berapa banyak masa yang mereka korbankan demi mencapai impian.

Azizulhasni Awang

Azizulhasni Awang

Jadi, buangkan semua ketakutan.

Minat.

Usaha.

Dan fokus.

Mungkin anda akan mendapat ‘pingat emas’ dalam hidup anda dengan cara anda yang tersendiri.

Baca lebih banyak tips dan nasihat disini! 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register