Share This Post

Tips dan Nasihat

Bagaimana Nak Masukkan Indicator Pada MT4 Build 600

Tadi ada rakan trader yang baru sahaja bercuti dari offshore(kerja laut) call, cakap indicator yang dia sudah lama pakai tidak berfungsi lagi selepas dia running update untuk MT4 Platform. Dah lama tak trade katanya, sekarang dia bercuti 2 bulan,jadi boleh start trading forex sebagai side income sambil menunggu masuk kerja balik. Forex real trading ini hebat, boleh trade sebagai full time dan juga part time untuk dapatkan side income. Jadi di sini saya kongsikan terus cara ini, senang juga untuk nak tunjuk pada dia, dan untuk bagi yang tercari-cari lagi bagaimana ingin masukkan indicator anda pada MT4 baru yang build 600 ke atas versionnya, anda boleh rujuk sini. Saya bagi panduan bergambar satu-satu untuk anda.

Langkah 1

panduan-insert-indicator-dlm-mt4-01
Mana-mana MT4 platform pun lebih kurang macam ni, jadi cara first adalah anda perlu Klik File > Open Data Folder

Langkah 2

panduan-insert-indicator-dlm-mt4-02

Akan ada Popup Keluar paparkan Folder ini. Klik Folder MQL4

Langkah 3

panduan-insert-indicator-dlm-mt4-03

Selepas itu pilih dan KLIK Folder Indicator Pula

Langkah 4

panduan-insert-indicator-dlm-mt4-04
Ok, di dalam Folder Indicators ni lah anda perlu PASTE dan Letakkan Indicator anda. Sebaik sahaja sudah letakkan dan paste di sini, langkah terakhir JANGAN LUPA RESTART MT4. (Iaitu Close MT4 anda, pangkah, dan Buka Balik.) Indicator anda sudah tersedia untuk digunakan.

Senang sahaja kan. Apa-apa soalan jangan lupa masukkan diruangan komen ya.

Share This Post

Founder Moshed.com – Berpengalaman 11 tahun dalam bidang Financial Market. Portfolio beliau merangkumi Forex, CFD, Komoditi, Indeks, Saham dan juga Bitcoin (Crypto). Perkongsian beliau dalam Buku Rahsia Jutawan Forex dari Rumah dan Buku Analisis Fundamental untuk Forex Trader sudah membantu ramai orang berjaya dalam bidang ini.

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!