728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Bagi Sesiapa Yang Tertidur 2 Pagi Tadi, Ini Jawapan Kepada Teka-Teki Mesyuarat FOMC!

Bagi Sesiapa Yang Tertidur 2 Pagi Tadi, Ini Jawapan Kepada Teka-Teki Mesyuarat FOMC!

Penggubal dasar Fed bersetuju bahawa lebih banyak data ekonomi diperlukan sebelum menaikkan kadar faedah, walaupun ada sebilangan penggubal dasar melihat keperluan untuk pengetatan dasar tidak lama lagi.

Minit yang dikeluarkan semalam menunjukkan bahawa ahli FOMC secara umumnya yakin dengan pertumbuhan ekonomi AS dan pasaran buruh.

Terdapat beberapa dasar Fed bagaimanapun berkata, kelembapan unjuran pertumbuhan akan menjadikan kenaikan kadar dalam jangka masa terdekat sebagai mustahil. Selain itu, ahli FOMC berkata, mereka mahu membiarkan pilihan dasar secara terbuka, kemungkinan ada kenaikan, kemungkinan tiada.

US Dollar mengukuh selepas pengumuman minit, manakala saham AS merosot. Disamping itu, pelabur masih menjangkakan kenaikan kadar pada bulan Disember.

Menurut Brian Dolan, Ketua Strategi Pemasaran di Drivewealth berpendapat, minit mesyuarat tersebut menunjukkan tanda-tanda yang kukuh untuk menaikkan kadar secara perlahan dan tidak tergesa-gesa.

Sebelum ini, Fed menaikkan kadar untuk kali pertama dalam tempoh sedekad pada Disember lepas. Kemudian, Fed membiarkan kadar tidak berubah ketika ekonomi tidak stabil dan pertumbuhan global yang perlahan.

Pada awal minggu, pelabur menjangkakan peningkatan kadar dalam jangka masa terdekat apabila 2 pegawai Fed memberi kenyataan agresif mengenai isu ini.

Kini, kebanyakan pelabur memberi tumpuan kepada mesyuarat tahunan bank pusat di Jackson Hole, Wyoming yang dijadual minggu depan.

Ini antara yang terjadi sebelum keputusan minit mesyuarat dapat dicapai semalam! Baca artikel berkaitan disini. 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register