Bank Negara Akan Keluarkan Kertas Konsep Matawang-Crypto Bulan Ini

0 4,568

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan kertas konsep matawang-crypto bulan ini untuk hebahan kepada orang awam untuk mereka membuat keputusan sendiri sama ada patut atau sebaliknya membaut pelaburan dalam aset seperti matawang-crypto, kata Gabenor BNM, Muhammad Ibrahim.

“Kami mahu pihak yang mempromosikan matawang-crypto seperti Bitcoin Ethereum dan Ripple lebih transparan, metodologi yang transparan dan orang yang menjalankan projek-projek ini juga transparan.

“Diharapkan dengan kertas konsep ini, orang boleh membuat keputusan pelaburan dalam matawang-crypto,” kata beliau.

Malaysia mengambil kaedah yang berbeza terhadap matawang-crypto, tidak seperti negara lain yang terus menghalang dagangan matawang itu.

“Kita tidak akan menghalang ia buat masa ini, tetapi kita akan membiarkan pasaran untuk membuat keputusan terhadap masa depan matawang-crypto. Apa yang penting adalah, mereka perlu tahu pelaburan apa yang mereka buat,” kata beliau dengan menambah BNM tidak mengiktiraf matawang-crypto sebagai duit fiat.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani awal Januari lalu berkata, bank pusat tidak akan menghalang sepenuhnya dagangan matawang crypto, termasuk bitcoin kerana tindakan tersebut akan menghalang inovasi dan kreativiti dalam pasaran kewangan, khususnya teknologi kewangan (fintech).

Johari berkata Bank Negara mengambil langkah berjaga-jaga terhadap matawang digital bagi memastikan keselamatan dan melindungi kepentingan awam.

“Kita tidak berniat  untuk menghalang sebarang inovasi yang boleh memberi faedah kepada masyarakat,” katanya.

“Bagaimanapun, seperti juga skim pelaburan yang lain, ia perlu regulasi dan pemantauan bagi memastikan risiko dapat dikawal,” tambahnya.

Johari berkata, walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) tidak meregulasikan matawang digital, ia akan memastikan bursa matawang digital ini mematuhi syarat yang ditentukan dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan melaporkan transaksi yang mencurigakan kepada autoriti.

 

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa