Bank Negara Dijangka Memuktamadkan Regulasi ‘Cryptocurrency’ Tidak Lama Lagi

363

Bank Negara Malaysia telah memulakan usaha membentuk satu struktur regulasi untuk matawang digital. Ini berdasarkan ucapan Gabenor Bank Negara dalam perhimpunan Counter-Terrorism Financing 2017 hari ini.

Ini menunjukkan satu berita positif kepada pedagang-pedagang matawang digital atau matawang Crypto (Cryptocurrency) di Malaysia. Namun, rangka-kerja tersebut belum siap sepenuhnya dan BNM sedang dalam usaha menyiapkan struktur regulasi bagi mengawal dagangan matawang digital tersebut.

Dalam kata lain BNM akan melantik individu atau agensi yang akan menukarkan matawang Crypto kepada duit fiat (wang) sebagai satu institusi yang tertakluk di bawah ‘Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001’.

Gabenor Muhamad Ibrahim berkata tindakan ini adalah untuk mengelakkan penyalahgunaan sistem oleh penjenayah dan aktiviti yang tidak sah di sisi undang-undang. Ia juga bagi memastikan kestabilan dan integriti dalam sistem kewangan, tambah beliau.

Apa yang menjadi tumpuan dalam ucapan Gabenor hari ini adalah:

“Kita perlu bersedia, kerana ramai menyatakan bahawa matawang digital akan menjadi satu norma baru.”

Norma baru di sini bermaksud, matawang digital ini akan menjadi satu perkara yang normal walaupun ia adalah satu perkara baru.

“Ada yang meramalkan kemunculan matawang-digital akan menandakan permulaan era baru dalam sektor kewangan. Sebagai Autoriti, kita perlu sedar dengan perkembangan ini.”

Selain itu, Muhammad juga mengatakan penggunaan ‘artificial intelligence‘, mesin pembelajaran dan teknologi ‘big-data’ adalah alat yang sangat penting berikutan daripada transaksi yang meragukan semakin kompleks dan sukar untuk dikesan.

“Sektor perbankan perlu menggunapakai teknologi terbaru bagi meningkatkan rangka-kerja pengurusan risiko.”

 

Lambakan hartanah tidak terjual, adakah Malaysia akan berhadapan kemelesetan ekonomi seperti Amerika 2008?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat