Bank of Canada Naikkan Kadar Kepada 1.50% Sejajar Dengan Jangkaan

0 468

Matawang CAD melonjak selepas dasar monetari terkini bank pusat Kanada diumumkan pada pukul 10 malam tadi. USD/CAD jatuh sehingga 65 pip, dengan CAD/JPY naik 50 pip.

Bank of Canada (BoC) menepati jangkaan pasaran apabila menaikkan kadar faedahnya dari 1.25% kepada 1.50% pada Rabu. Ini adalah kenaikan keempat sejak BoC dalam fasa pengetatan polisi sejak tahun lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan termasuk laporan dasar monetari (MPR), bank pusat menunjukkan ekonomi bergerak semakin hampir dengan kapasiti penuh di mana output-gap semakin kecil. Manakala pengeksport pula merekodkan prestasi lebih baik dengan peningkatan permintaan luar.

Bank pusat mengunjurkan pertumbuhan 2% dalam tempoh beberapa tahun lagi tidak berubah daripada unjuran yang telah dibuat pada bulan April.

Bukan itu sahaja, bank pusat  juga menaikkan unjurannya terhadap inflasi dan yakin bahawa ia akan mencapai sasaran 2% selepas beberapa faktor sementara yang positif.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa