Bank of Japan Tepati Jangkaan Pasaran Dengan Mengekalkan Dasar!

0 4

Bank of Japan mengekalkan dasar kewangan yang stabil selepas Fed mengumumkan kenaikan kadar kedua dalam tempoh tiga bulan.

Kebanyakan ahli ekonomi juga sebelum ini telah menjangka bahawa tiada perubahan dasar yang akan diambil oleh BoJ dengan kenaikan sentimen perlindungan global.

Para pelabur kini memberikan tumpuan kepada ucapan Haruhiko Kuroda bagi mendapatkan petunjuk mengenai keputusan BoJ terhadap hala tuju program rangsangan secara besar-besaran yang telah dilancarkan sebelum ini.

Kuroda dijadual akan menghadiri mesyuarat pemimpin G20 di Jerman dijangka akan memberikan penerangan mengenai dasar ultra longgar yang telah digunakan oleh BoJ selain menjawab kritikan AS terhadap tuduhan eksploitasi matawang Yen bagi mendapatkan kelebihan di dalam perdagangan.

Seperti dijangka, BoJ akan mengekalkan kadar faedah jangka pendek pada paras negatif 0.1 peratus selain mengekalkan bon kerajaan Jepun yang bernilai 80 Trillion Yen.

Dalam satu kenyataan selepas pengumuman dasar, BoJ menilai ekonomi Jepun sedang memulih dalam trend yang sederhana.

Kuroda juga menegaskan bahawa tiada kenaikan kadar akan dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan kadar inflasi masih tidak menghampiri sasaran sebanyak 2 peratus.

Namun begitu, ekonomi Jepun dilihat memperolehi manfaat daripada pemulihan permintaan global dengan peningkatan eksport dan pengeluaran kilang sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Laporan Kenaikan Kadar Langsung Tidak Mematahkan Semangat Emas!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa