banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Bank Pusat Eropah Kehabisan Dana?

Bank Pusat Eropah Kehabisan Dana?

Pengumuman dari Bank Pusat Eropah (ECB) akan menjadi tumpuan pada minggu ini apabila 6 daripada ahli eksekutif ECB dan 15 gabenor bank-bank negara dalam kesatuan Eropah akan mengundi bagi penetapan kadar bank.

 

Kesatuan Eropah masih menghadapi pertumbuhan dan kadar inflasi yang rendah dan memberi tekanan kepada Draghi untuk meyakinkan pelabur bahawa ECB bersedia untuk meningkatkan rangsangan. Dalam masa yang sama, beliau perlu ada alternatif lain kerana polisi kelonggaran yang dilakukan sebelum ini adalah yang tertinggi sejak penubuhan ECB dan berhadapan dengan kekurangan sumber bagi tujuan pembelian aset.

telegram-moshed


Persoalan untuk membuat keputusan sama ada untuk melanjutkan program pembelian aset sebanyak 80 bilion euro sebulan menjadi tanda tanya kerana ECB akan kehabisan sumber untuk program pembelian ini pada bulan Mac tahun depan. Ini boleh diteruskan dengan penambahan langkah rangsangan. Situasi ini dilihat sukar kerana Jerman, ekonomi terbesar blok itu, menentang sebarang penambahan dalam polisi kelonggaran ECB.


Satu tinjauan Reuters pada Khamis mendapati, ahli ekonomi menjangkakan tiada perubahan dalam mesyuarat minggu ini dan sebarang keputusan untuk pelonggaran atau sebaliknya mungkin berlaku pada Disember.


Secara Makro, pengeluaran perindustrian telah pulih, belanjawan kerajaan boleh memberikan lebih rangsangan tahun depan dan harga minyak yang lebih tinggi mampu meningkatkan inflasi disokong dengan pendirian Draghi, yang mana inflasi boleh meningkat kepada sasaran hampir 2 peratus menjelang akhir 2018 atau awal 2019.


Sementara itu,penganalisis ekonomi dari ING mengatakan bahawa ECB dilihat tidak terlalu tergesa-gesa untuk mengambil sebarang pelonggaran dasar pada mesyuarat bulan September. 


Namun, pasaran menjangkakan pembelian aset akan dilanjutkan selama 6 bulan dan pembiayaan yang lebih murah kepada sektor perbankan pada bulan Disember ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register