Belajar Forex – Bab 2 : Broker Forex – Kenali Broker Forex ‘Scam’

Kebelakangan ini banyak forex broker yang muncul tetapi entah dari mana, menawarkan aktiviti forex trading, tetapi sebenarnya hanya sebuah syarikat yang didaftarkan di kepulauan bebas cukai secara maya, mempunyai alamat virtual office, tetapi sebenarnya tidak wujud pun office tersebut. Maksudnya office di tempat lain. Kebanyakan broker ini digunakan untuk menjalankan operasi Skim Cepat Kaya.

Broker skim atau broker tipu ini mempunyai beberapa ciri berikut:

  • Tiada nombor lesen dari badan regulator yang besar seperti UK atau US.
  • Mempunyai alamat virtual office.
  • Menawarkan pulangan pelaburan iaitu dikenali sebagai ROI(return on investment), seperti contoh sebulan 5%-20%.
  • Melakukan operasi Multi Level Marketing.
  • Ada sistem pairing, kaki kanan, kaki kiri, macam MLM, dan tekankan supaya anda cari orang untuk melabur.
  • Syarikat broker ini hanya terkenal di Malaysia sahaja, tetapi tidak di rantau Eropah atau lain-lain.
  • Mempunyai leader-leader MLM, mempunyai aktiviti taja menaja dan cari orang.
  • Tidak mempunyai bank luar negara yang kukuh.
  • Cara deposit atau withdraw kebanyakan tiada cara menggunakan wire transfer ke Bank Luar negara. Semua diuruskan oleh persendirian secara anda kena transfer duit ke akaun leader atau ketua tersebut.

Jadi apa yang perlu anda tahu, anda PERLU ELAKKAN daripada trade di broker jenis ini jika ada rakan yang mengajak anda. Ia akan menyebabkan proses anda menjadi forex trader sebenar melalui jalan sukar dan cara yang tidak betul.

Pengetahuan di atas adalah pengetahuan umum yang anda perlu tahu. Tiada jalan untuk jana income melalui forex trading ini tanpa kita trading sendiri. Kita perlu belajar satu persatu, ilmu analisa teknikal dan fundamental untuk mula jana income dari forex trading dan trade sendiri. Tiada istilah labur duit dan duduk diam goyang kaki atau duduk diam dapat duit. Itu hanyalah mengarut.

Teruskan belajar bab seterusnya.. klik topik di bawah

Belajar Forex dalam Bahasa Melayu Mudah Faham – PERCUMA

Bab 1 : Pengenalan Forex

1.1 Apa Itu Forex?
1.2 Apa Yang Diperlukan Untuk Trade Forex
1.3 Perbezaan Forex dan Saham
1.4 Kenali Matawang Utama dalam Forex Trading
1.5 Waktu Trading Forex

Bab 2 : Broker Forex

2.1 Panduan Memilih Broker Forex
2.2 Kenali Broker Forex Scam
2.3 Panduan Buka Akaun Forex

Bab 3 : Kenali Pasaran Forex

3.1 Kenali Pasaran Forex
3.2 Kiraan Asas Lot Volume dalam Forex
3.3 Bagaimana Buy dan Sell?
3.4 Bagaimana untuk Close Order?
3.5 Apa itu Take Profit dan Stop Loss?
3.6 Pending Order

Bab 4 : Asas Analisa Teknikal

4.1 Jenis Chart
4.2 Candlestick
4.3 Time Frame
4.4 Bentuk Market
4.5 Support dan Resistance
4.6 Trade Guna SnR

Bab 5 : Penggunaan Indikator Asas

5.1 Bollinger Band (BB)
5.2 Moving Average (MA)

Bab 6 : Asas Analisa Fundamental

6.1 Pengenalan Fundamental
6.2 Isu Interest Rate
6.3 Cara Baca Kalendar Ekonomi

Bab 7 : Pengurusan Risiko dalam Forex Trading

7.1 Kawalan Emosi dan Psikologi
7.2 Money Management (MM)

Bab Seterusnya : Keseluruhan Pembelajaran