banner-mutm-728x90

Share This Post

Tips dan Nasihat

Belajar Mengenali Pasaran Forex

belajar-mengenali-pasaran-forex

Sebaik sahaja anda tahu yang anda mempunyai modal untuk trade forex, dan masa untuk trade forex, ada satu lagi soalan kena tanya diri sendiri. Soalannya ialah, “adakah saya tahu tentang pasaran pair forex yang nak trade, dan juga apa risikonya kepada saya ?” Ramai orang hanya tahu masuk buy dan sell tanpa tahu hujung pangkal tentang pasaran pair (pasangan) matawang tersebut.

Pair apa nak trade? GBP/USD. Pound/USDollar. Ok tanya pula pada diri sendiri, pasal Great Brittain dan America ni apa yang diri kita tahu ? Sebab bagi saya, trade forex bukan semudah untuk bergantung hanya pada teknikal analisis. Sebagai seorang forex trader, kena tahu jugak situasi politik, ekonomi an berita lain yang boleh memberi impact kepada matawang atau pair yang kita ingin trade.

telegram-moshed

Anda boleh search di google tentang ekonomi matawang yang anda ingin trade. Cari pair yang paling sesuai dengan teknik anda trading. Mungkin anda sesuai scalper atas bawah, ambil pips sikit perlu cari pair yang banyak sideway dan kena dengan teknik anda. Jika anda adalah trader swing, perlu cari pair yang trending. Selepas itu anda boleh teliti faktor ekonomi dan politiknya, dasar bank, monetary policy, news yang berkenaan dengan pair anda tersebut agar keputusan trading anda buat dengan lebih tepat. Belajar mendalami satu-satu pair yang anda rasa sesuai sehingga betul-betul faham atas pergerakan matawang itu terhadap berita ekonomi dan politik.

Jangan mulakan trading, melainkan anda tahu tentang kalendar ekonomi matawang pair yang anda akan trade. Semak dahulu, hari ini ada news apa, pukul berapa news release dan apakah kesannya, adakah kuat atau lemah. Contoh jika anda adalah scalper, trade pair yang sering sideway, news release mungkin mengakibatkan pergerakan kuat pair tersebut samada naik atau turun, jadi anda mungkin mahu elakkan trade pada waktu tersebut. Tempat rujukan kalendar ekonomi paling popular adalah www.forexfactory.com

Sentiasa alert dengan news, kerana ramai dari forex trader apabila kita tanya, mengaku forex trader, tetapi dalam fikiran mereka hanya perlu catch up dengan turun naik graf, kenapa naik dan turun mereka tak boleh jawab. Walaupun ada certain trader yang boleh profit dengan cara fully teknikal analisis, tetapi sangat jarang kita jumpa dan kebanyakkan trader yang tak pernah ambil tahu tentang berita forex dan apa yang dilaporkan oleh berita tersebut adalah trader yang gagal. Ca’mon. Ini bukan tempat anda berjudi tanpa ilmu, dan ini bukanlah 4D Magnum version forex. We are forex trader, not gambler.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register