banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Benarkah Harga Minyak Mentah Akan Kembali Normal?

Benarkah Harga Minyak Mentah Akan Kembali Normal?

Minyak mentah kembali membuat lantunan di Asia pada hari Khamis impak dari sebilangan pelabur yang berhati-hati terhadap penurunan stok minyak mentah US dan permintaan global yang rendah.

Di New York Mercantile Exchange, WTI Crude bagi penghantaran bulan September meningkat sebanyak 0.24% kepada $45.86 setong. Sementara itu dii Intercontinental Exchange (ICE), Brent Crude bagi penghantaran bulan September turut meningkat 0.47% kepada $47.33 setong.

Dalam tempoh semalaman, crude futures menurun ke paras terendah dalam tempoh 2 tahun sebelum kembali meningkat naik. Hal ini lanjutan dari jangkaan pengeluaran yang lebih besar dalam stok simpanan Amerika Syarikat, serta peningkatan yang besar dalam inventori petrol minggu lepas.

telegram-moshed

Pada pagi Rabu, U.S. Energy Information Administration (EIA) dalam Laporan Status Mingguan Petroleum menyatakan penurunan terhadap minyak mentah sebanyak 2.342 juta tong berakhir 15 Julai. Inventori juga kekal pada paras tertinggi iaitu 519.5 juta tong.  Pelabur juga dijangka menyaksikan pengeluaran sebanyak 2.1 juta tong. Selain itu, Institut Petroleum Amerika juga melaporkan penurunan sebanyak 2.3 juta pada malam Selasa sejurus selepas penutupan waktu dagangan. Inventori minyak mentah di seluruh negara kini mencatatkan kemerosotan untuk 9 minggu berturut-turut.

Di Cushing Oil Hub, Okohama, stok bekalan mentah meningkat sebanyak 189,000 tong, melangkaui jangkaan penurunan sebanyak 100,000. Cushing merupakan pengkalan simpanan minyak utama bagi NYMEX dan tempat penyimpanan minyak terbesar di Amerika Syarikat.

Dalam penerangan yang lebih jelas, inventori petrol meningkat sebanyak 0.91 juta tong minggu ini manakala inventori bahan api sulingan menunjukkan sedikit penurunan sebanyak 0.21 juta. Penurunan ini terjadi selepas stok bahan api sulingan mencatatkan kenaikan mingguan terbesar dalam tempoh 5 bulan. Penganalisa juga menjangkakan pengeluaran inventori petrol sebanyak 0.5 juta tong.

Sementara itu, pengeluaran Amerika Syarikat meningkat sederhana sebanyak 9000 minggu lepas kepada 8.494 juta tong sehari. Pengeluaran minyak mentah masih merosot lebih 1 juta tong dari nilai tertinggi musim panas yang lepas kepada 9.604 juta setong sehari. Waktu itu, pengeluaran minyak mentah melonjak ke paras tertinggi dalam 44 tahun.

Di Libya, Reuters melaporkan bahawa eksport di Pelaburan Hariga kembali beroperasi selepas bantahan ringkas dalam kalangan pekerja. Pelabuhan yang terletak berhampiran lapangan minyak Sarir itu mempunyai kapasiti kira-kira 120,000 tong sehari bagi tujuan eksport.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register