banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Benarkah IMF Telah Meluluskan Dana $1 Billion Bagi Memulihkan Ekonomi Ukraine?

Benarkah IMF Telah Meluluskan Dana $1 Billion Bagi Memulihkan Ekonomi Ukraine?

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Rabu akhirnya meluluskan pinjaman yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh Ukraine yang bernilai kira-kira $1 billion. Wang itu amat diperlukan dalam usaha untuk menyelamatkan semula ekonomi negara tersebut.

IMF telah bersetuju untuk mengepam $17.5 billion kedalam ekonomi Ukraine untuk jangka masa 4 tahun dan terpulang kepada negara terbabit untuk menguruskannya.

Setakat ini, Ukraine telah menerima kira-kira $7.62 billion bagi program pemulihan ekonomi yang telah dilancarkan semenjak Mac 2015.

telegram-moshed

Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde berpendapat bahawa Ukraine telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan dan perkembangan yang meyakinkan. Perkara ini dikaitjkan dengan perlaksanaan pembaharuan, dasar, serta usaha yang diambil untuk memulihkan sistem perbankan Ukraine.

Pembaharuan fiskal selanjutnya bakal membawa kemajuan selanjutnya dari Ukraine dalam memastikan ketahanan ekonomi Ukraine dalam jangka masa sederhana.

Kekayaan Lelaki Ini Bertingkat-Tingkat!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register