banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Benarkah Kerjasama Rusia dan Turki Ini Permainan Politik Semata-Mata?

Benarkah Kerjasama Rusia dan Turki Ini Permainan Politik Semata-Mata?

Rusia dan Turki menyambung semula rancangan mereka untuk projek saluran paip gas asli TurkStream yang bakal menghubungkan kedua-dua negara itu.

Salah seorang pegawai EU menyalurkan kebimbangan beliau jika TurkStream memintas Ukraine sebagai laluan transit bagi menyalurkan bekalan ke Eropah. Hal ini akan meningkatkan kebergantungan terhadap Rusia.

Saluran Gas Asli TurkStream. Sumber : Reuters

Saluran Gas Asli TurkStream. Sumber : Reuters

Menurut pegawai kanan EU, perjanjian baru Turki dan Rusia ini mungkin akan menjadi isu jika Rusia berniat untuk menggantikan Turki untuk Ukraine. Perkara ini ibarat tidak masuk akal, namun segala kebarangkalian bakal terjadi melalui sebuah perjanjian.

Keputusan itu dibuat kira-kira setahun selepas Turki dikatakan menembak jatuh pesawat Rusia.

“Jika anda masih waras, ditambah dengan keadaan yang tidak stabil, anda tidak mungkin bersetuju untuk sebarang projek-projek infrastruktur yang besar,” kata Simone Tagliapietra, ahli pemikir yang berpangkalan di Brussels.

Tambah beliau lagi, Moscow dan Ankara dilihat lebih berminat kepada permainan politik daripada menjadikan projek mereka realiti. Rusia berhasrat untuk mengubah laluan gas ke Eropah sekitar Ukraine serta mengembangkan saluran paip Nord Stream ke Jerman.

Keputusan yang lebih jelas antara Erdogan dan Vladimir Putin dapat disaksikan melalui mesyuarat pertama mereka pada bulan depan. Mesyuarat itu merupakan yang pertama sejak Rusia mengenakan sekatan terhadap Turki berikutan peristiwa pesawat malang itu.

Buat masa ini, Rusia merancang untuk membina 2 saluran paip daripada 4. Kapasiti bagi satu saluran kira-kira 15.75 billion meter padu gas setahun.

Bagi gambaran yang lebih jelas dan terperinci, sama-sama kita nantikan keputusan pertemuan mereka nanti!

Teruskan bersama Moshed.com!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register