Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Benarkah Pasaran Akan Menyaksikan Kejatuhan US Dollar Apabila “Trump Bubble” Pecah?

Benarkah Pasaran Akan Menyaksikan Kejatuhan US Dollar Apabila “Trump Bubble” Pecah?

Pasaran yang mula menyerap sentimen kemenangan Trump sejak pilihanraya yang lepas mula menyaksikan peningkatan mendadak bagi matawang Greenback berbanding matawang dunia yang lain.

Pun begitu, syarikat pengurusan dana kekayaan yang bernilai hampir $2 trillion iaitu UBS Group AG menjangkakan bahawa kenaikan itu hanya bersifat sementara dan meramalkan yen akan mengukuh berbanding US Dollar menjelang tahun depan

Ketua firma penyelidikan ekuiti Jepun yang berpangkalan di Tokyo iaitu Toru Ibayashi berkata, jangkaan pengembangan program fiskal semakin meningkat di bawah pentadbiran Trump. Trump sebelum ini berjanji untuk melaksanakan pemotongan cukai dan perbelanjaan sebanyak $1 trillion dalam tempoh sedekad. Trump juga berjanji untuk membina semula infrastruktur dan akan menamatkan perjanjian perdagangan yang sedia serta akan membawa balik pekerjaan kembali ke Amerika.

Rangsangan pemulihan semula oleh Trump ini telah memandu yen berhampiran nilai 114 pada Jumaat, iaitu penurunan tiga minggu terbesar berturut-turut semenjak tahun 1995.

Kata Ibayashi lagi dalam temu bual pada Isnin, keghairahan pasaran telah menolak matawang ini naik dengan mendadak baru-baru ini. Pun begitu, harapan kenaikan ini bakal musnah kerana pelabur terlalu melulu dalam membeli matawang ini.

Selain UBS Wealth Management, Ketua wang Jepun iaitu Eisuke Sakakibara dan JPMorgan Chase & Co. meramalkan yen akan beransur-ansur mengukuhkan kedudukan melangkaui paras 100 setiap Dollar. Sejak kemenangan presiden baru AS tersebut, pair tersebut telah melonjak dalam kadar terpantas sejak Januari tahun lepas.

Yen berada pada 111.84 berbanding Dollar pada Selasa. Kebanyakan penganalisis menjangkakan bahawa nilai tersebut boleh mencapai median 110 pada akhir tahun 2017. Yen tidak mencecah paras 98 sejak November 2013 lagi.

Isyarat Bercampur-campur

Trump dikatakan memberi isyarat bercampur kerana pasaran tidak pasti berapa banyak janji beliau akan diterjemahkan ke dalam dasar. Pun begitu, beliau masih bertegas dan mengulangi pada minggu lepas bahawa Perjanjian Trans Pasifik yang ditandatangani akan menjadi bencana buat AS.

Buat masa ini, Sakikibara meramalkan yen akan mengukuh kepada nila 90 berbanding Dollar dalam tempoh 6 bulan selepas kemenangan Trump. Manakala JPMOrgan yang berpangkalan di Jepun pula meramalkan nilai akan mencecah 99 pada akhir 2017.

Menurut Ibayashi lagi, pengukuhan Dollar akan menarik sedikit hasil perniagaan di Amerika Syarikat. Hal ini akan mendatangkan kesan buat sektor pekerjaan Amerika Syarikat.

Emas Mula Bangkit Dalam Sesi Asia! 

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!