728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Tips dan Nasihat

Berapakah Nilai Sesuai Untuk Letak Take Profit dan Stop Loss

Berapakah Nilai Sesuai Untuk Letak Take Profit dan Stop Loss

Ada beberapa orang bertanya saya tentang ini, berapa nilai yang sesuai untuk letak Take Profit (TP) dan Stop Loss (SL). Sekarang saya nak tanya pembaca, berapa anda letak TP dan SL ? Tiada SL ? Lagi parah.

Trading tanpa SL ibarat trading tanpa kawalan Money Management, anda tidak tahu berapa anda sanggup rugi, tiada pelan trading. Mungkin anda hanya trade dengan cara berjudi, apabila BUY, berharap market mengikut anda menaik, apabila market tidak ikut anda, anda tidak tahu di mana jalan keluar. BUY akan bertukar menjadi BYE BYE. 😀

Begitu juga SELL, apabila SELL anda berharap market mengikut firasat anda, turun, apa akan jadi jika market tidak ikut anda ? Tiada SL. Anda nak tunggu sampai bila, atau berapa anda sanggup rugi ? Ramai trader sangat senang untuk masuk BUY atau SELL, tetapi tidak tahu jalan keluar. Apabila anda tidak tahu jalan keluar, bermakna anda memang tak tahu bagaimana untuk ambil keuntungan profit. Apabila tengah floating untung, anda tidak tahu bila dan berapa amount yang sesuai anda perlu ambil kan ? Jadi anda perlu ada letak TP dan SL, mengikut analisis anda.

Berikut adalah sedikit tips yang boleh saya kongsikan. Stop Loss saya letak di tempat perubahan trend, bermaksud jika kena SL tersebut saya dapat tahu dan yakin yang trend sudah bertukar. Katakan jika market sudah bergerak jauh dari SL, dan saya baru ada kelapangan untuk tengok dan analisis chart, pergerakan sudah jauh bergerak dari point SL iaitu turning point, saya tidak akan mengejar trading tersebut. Saya akan tunggu setup baru. Forex kan 24 jam, kemana yang kita kalut sangat nak trade tu ? Esok masih ada, janji anda dapat kawal risiko anda. Saya akan tunggu apabila saya dapat mengira yang SL lebih kecil daripada TP,sekurang-kurangnya 2-3 kali ganda.

Contoh jika Take Profit saya sekitar 150 Pips, Stop Loss saya pula sekitar 40-50 pips dari entry point. Jika lebih daripada itu, saya akan tunggu dahulu setup baru. Teknik ini akan memberikan anda kelebihan daripada segi LUCK dan juga matematik logik. Katakan dalam sebulan anda lakukan 10 trade, iaitu sepuluh kali anda open order. Setiap kali open order TP adalah 3 kali ganda besar daripada SL. Mengikut ratio jika pengiraan dan analisis anda mempunyai percentage yang bagus atas 50% ketepatan. Anda akan mendapat 5 kali TP dan 5 kali kena SL.

Pengiraan :
5 kali kena Take Profit = Untung 150pips x 5 = 750 pips
5 kali kena Stop Loss = Rugi 50 pips x 5 = 250 pips
Keuntungan = Jumlah untung tolak jumlah rugi = 750-250 =500 pips

Anda masih lagi untung, nampak tak ? Jadi teknik anda perlulah boleh memberi kadar SL dan TP sebegini rupa sebaik sahaja anda memasuki entry point, sebab market forex ini tak selalunya mengikut anda. Untung rugi adalah biasa, tapi anda perlu bijak bermain dengan LUCK anda. Bagaimana jika semua kena SL ? Dalam 10 trade semua kena SL. Itu bermakna teknik anda salah, dan perlu memperbaikinya. Inilah sistem orang kata trade base on rate ratio. 3:1. – teknik ini berkait rapat dengan teknik swing/intraday dan bukan scalping ya.

Tak percaya? Cuba tengok 🙂

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register