banner-mutm-728x90

Share This Post

Artikel Umum

Bercerita Mengenai Peluang, Adakah Anda Pencari Peluang Kental?

Bercerita Mengenai Peluang, Adakah Anda Pencari Peluang Kental?

Dalam masa beberapa tahun ke belakang, ramai yang terkesan akibat krisis ekonomi global. Antara yang memberi kesan mendalam kepada kita adalah semasa krisis 1997.

Selain daripada krisis tersebut, banyak lagi krisis ekonomi dan kewangan yang berlaku di seluruh dunia melihatkan senarai krisis ini.

Ketika krisis ekonomi berlaku, berlakunya penstrukturan semula syarikat dan ini sekaligus memberi ancaman kepada para pekerja.

Pun begitu, daripada krisis akan munculnya peluang-peluang yang bagi sesiapa tahu mencari peluang tersebut, maka masalah daripada krisis akan diselesaikan hingga ada yang berjaya menjadi kaya.

Kuncinya adalah dengan mengenalpasti peluang dan tahu macam mana untuk bertindak apabila peluang yang itu muncul di depan mata.

Salah satu peluang yang diambil dan terbukti mampu membantu ramai orang adalah daripada industri trader.

Dan hari ini, Foreign Exchange merupakan pasaran terbesar dunia. Dari 2004 hingga 2010 jumlah transaksi meningkat daripada $1.9 trillion kepada $4 trillion dan hari ini mencecah sehingga $5 trillion!

Sebelum ini pelaburan dan trading dalam pasaran FX hanya terhad kepada institutional investor, hedge fund dan player yang mempunyai kapital yang sangat besar.

Namun semua ini berubah setelah platform online diadakan dan menjadikan pasaran $5 trillion ini boleh diakses oleh orang ramai.

Sejak jumlah trader FX semakin ramai dan dijangka akan terus meningkat, dunia bisnes dan ekonomi berubah. Makin ramai yang celik dengan ekonomi dan kewangan.

Pergerakan Foreign Exchange berlaku setiap hari dan ada dalam hidup semua orang. Jika anda bukan seorang trader FX, anda juga terlibat dengan urusan jual beli matawang.

Contohnya apabila travel ke luar negara, membeli barang dari eBay, malah jika anda hanya trade saham dalam negara, syarikat yang anda miliki sahamnya barangkali mempunyai transaksi antarabangsa yang melibatkan FX.

Ramai yang salah faham dengan FX dan menganggap ia berbeza daripada komoditi atau saham. Sebenarnya apa yang membezakannya adalah instrumen.

Untuk berdagang dalam saham, komoditi mahupun FX apa yang diperlukan adalah ilmu dan ilmu yang dimaksudkan adalah merangkup Technical Analysis, Fundamental Analysis dan memahami sifat pasaran.

Ingat, trade apa yang anda tahu, bukan jadi ikut-ikutan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register