Quotes by TradingView

Share This Post

Forex dan Komoditi / Pandangan Kalendar Ekonomi

Berita Penting Bagi Komoditi Minyak Sepanjang Minggu Ini (24-28 Oktober)

Berita Penting Bagi Komoditi Minyak Sepanjang Minggu Ini (24-28 Oktober)

Harga minyak meningkat dan menamatkan kejatuhan awal pada bacaan tertinggi pada Jumaat. Hal ini banyak dibantu oleh sentiment pasaran dimana Menteri minyak Rusia mengatakan perjanjian pembekuan pengeluaran minyak adalah perlu untuk menstabilkan pasaran.

U.S. crude oil meningkat 0.69% kepada $50.98. Manakala, minyak Brent berada pada $51.91 setong meningkat sebanyak 1.03%.

Menteri minyak Rusia menyatakan keinginannya untuk bekerjasama dengan OPEC dalam pengurangan pengeluaran minyak.

telegram-moshed

The Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC), mengatakan pada bulan lepas yang mereka  mempunyai perancangan awal untuk mengurangkan pengeluaran pada kadar 32.5 juta ke 33.0 juta setong sehari. OPEC dijangkakan akan memberikan detail selanjutnya di mesyuarat akan datang pada 30 November. Pemotongan ini dilihat akan gagal tanpa penglibatan Rusia.

Nilai US dollar yang tinggi akan menyebakan harga minyak adalah mahal di sesetengah negara. Harga minyak jatuh selepas mencapai catatan tertinggi tahun ini pada Rabu lepas disebabkan inventori minyak US yang jatuh agak banyak.

Pada minggu ini, trader minyak akan fokus kepada data stok pada hari Selasa dan Rabu untuk perkembangan terkini supply and demand (permintaan dan penawaran) dalam pasaran.

Ini senarai data yang dikeluarkan minggu ini.

Selasa, October 25. The American Petroleum Institute (Institut Petroleum Amerika) akan mengeluarkan laporan penawaran minyak US.

Rabu, October 26. The U.S. Energy Information Administration (Jabatan maklumat Tenaga US) akan melaporkan data stok mingguan minyak dan gas.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal