728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Forex dan Komoditi

Bila nak habis isu Brexit ni? Kali ni Bank Jepun keluarkan kenyataan mereka pula

Bila nak habis isu Brexit ni? Kali ni Bank Jepun keluarkan kenyataan mereka pula

Brexit, Brexit dan Brexit. Bila nak habis isu Brexit ni kan? Sabar, ia akan berpanjangan selama mana sehingga UK laksanakan Artikel 50 terlebih dahulu dan itupun memerlukan 2 tahun untuk keluar daripada EU sepenuhnya. Lama lagi kan agak-agak?

Jadi, inilah ekonomi dunia yang kita tengah baca dan kita berada dalam detik yang bersejarah. Sama ada dari segi politik mahupun ekonomi. Kita boleh nampak liquidity yang kurang hari ini.

Apa kata Bank of Japan tentang huru hara yang disebabkan oleh Brexit ni?

telegram-moshed

Minggu lepas mereka mengeluarkan laporan mahu masuk campur dalam urusan matawang bagi mengelakkan kenaikan yang mencanak-canak.

Hari ini, setelah bermesyuarat, Bank of Japan berkata boleh tangguhkan dahulu apa-apa campur tangan jika Brexit ini hanya bersifat sementara.

Namun begitu, mereka tetap ada hak untuk masuk campur berdasarkan pemahaman yang sama antara G7 dan G20 yang tahu jika JPY tidak dikawal, ia akan membawa kesan buruk yang lain terutama terhadap Jepun.

Kazuo Momma berkata “Kita tidak boleh masuk campur dengan mudah sekali,tetapi jika perlu, kita terpaksa tampil untuk lakukannya.”

Katanya juga, tindakan tersebut boleh dilakukan bila-bila masa saja walaupun mungkin ada kesan terhadap ekonomi Jepun.

Jika terpaksa lakukan, Bank of Japan berkemungkinan akan melakukan pembelian asset yang berisiko kerana itu lebih mudah berbanding bond kerajaan atau interest rate.

“Ekonomi Jepun sedang berkembang dengan baik dan jumlah pengangguran makin rendah, saya tidak nampak keperluan Bank of Japan untuk bertindak.”

Jadi, be aware anda trade matawang JPY, mana tahu ada kejutan daripada mereka.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register