banner-mutm-728x90

Share This Post

Tips dan Nasihat

Bilakah Anda Perlu Berehat Dari Trading? Untuk Yang Ketagih Renung Chart Forex

Bilakah Anda Perlu Berehat Dari Trading? Untuk Yang Ketagih Renung Chart Forex

Adakah anda beralih dari satu chart ke satu chart untuk mencari trade yang seterusnya dan akhirnya enter post yang merugikan? Kemudian anda rasa tak sabar-sabar nak balas dendam dengan kerugian itu? Atau mungkin anda tertidur di depan computer selepas penat membelek chart?

Sebenarnya mengambil rehat boleh membantu kita memfokus semula. Selalulah berfikir ke hadapan, iaitu trade, market, chart akan terus ada esok, minggu depan, bulan depan hatta selepas kita mati pun.  Jadi adalah satu langkah bijak untuk mengambil masa yang sesuai untuk berehat setelah kita penat bekerja.

Berikut adalah beberapa idea tentang bagaimana dan bila untuk melakukannya:

telegram-moshed

Kepada anda yang pernah pergi gym untuk melatih otot anda dalam apa-apa jenis sukan, atau saja-saja nak kasi nampak macho, saya pasti anda tahu bahawa bila kita angkat berat, kita sebenarnya menolak otot kita untuk pergi lebih jauh dan mejadi lebih kuat. Tetapi pada masa yang sama, membina otot tidak boleh berlaku dengan exercise sahaja.

Rehat diperlukan untuk membolehkan otot dibina semula dan menjadi lebih kuat.  Tentu anda ingat kali pertama masuk gym, mesti sakit-sakit badan kan? Lepas tu bila rehat dalam sehari dua baru boleh masuk gym semula dan kemudian rasa lebih baik.

Begitu juga dengan menjadi forex trader. Anda memerlukan masa untuk menyerap ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang dialami. Dan anda memerlukan masa juga untuk merehatkan minda juga dan tidak kira jika anda sudah menjadi seorang profesional trader sepenuh masa atau tidak.

Mengambil cuti atau rehat dari trading pasti akan membolehkan anda untuk merehatkan minda. Tidak perlulah bercuti penuh dan panjang ke Hawaii, sekejap dan dekat-dekat pun sudah cukup. Dan apabila anda kembali ke meja trading, anda akan menjadi lebih fokus dan boleh membuat keputusan dengan lebih cepat dan tepat.  Trading sebenarnya berkisar sekitar kebijaksanaan dalam membuat keputusan.

Bila masa yang sesuai untuk berehat?

# Apabila anda penat

Haha. Simple bunyinya kan. Memanglah berehat bila penat. Maksud saya, jika anda seorang yang aktif pada waktu pagi, janganlah trade pada waktu malam. Perkara yang sama berlaku sebaliknya: burung hantu malam tidak boleh trade pada awal pagi. Hehe. Apabila anda cuba trade pada waktu anda letih, anda akan menjadi tidak efisien, walaupun ia adalah sesi dagangan yang paling menarik.

Jangan bimbang, terdapat cukup sesi perdagangan yang menarik pada masa yang lain – sesi yang lebih semula jadi untuk anda.

# Apabila pasaran tidak serasi dengan anda

Jika anda seorang yang hyper-aktif dan suka dengan pergerakan ganas pasaran, maka sesi bertindih Eropah dan Amerika pada hari Jumaat sesuai untuk anda. Jauhkan diri dari sesi Sydney. Sebaliknya, jika anda lebih suka dengan ‘range trading’, pergi ke sesi yang lain, dan elakkan masa pasaran ganas dan tidak menentu.

Menyesuaikan masa trading dengan personaliti anda adalah lebih mudah daripada menyesuaikan personaliti anda kepada masa trading. Jadi berehatlah apabila keadaan pasaran tidak serasi dengan anda.

# “High Impact News”

Sesetengah orang suka trade news jadi mereka harus menjauhkan diri dari hari-hari yang kurang news, seperti hari Isnin. Mengapa tidak menikmati hujung minggu yang panjang?

Sebaliknya ada trader yang tak suka dengan news, terutamanya hari-hari yang ada banyak siaran serentak, maka mereka perlu elakkan Rabu atau Khamis yang biasanya mempunyai kalendar ekonomi yang sesak.

Saya harap anda dah dapat point yang nak saya sampaikan. Adakah anda mengambil rehat atau ketagih dengan chart ? Cuba komen sikit dibawah untuk kita sama-sama sharing! Jangan lupa share artikel ini bersama rakan-rakan forex trader anda ya.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register