Bisnes Dan Travel Dalam Masa Yang Sama? Digital Nomad Adalah Pekerjaan Yang Sesuai Untuk Anda

0 676

Revolusi dunia komputer dan internet telah membuka banyak peluang perkerjaan digital. seperti programmer,pereka grafik, penterjemah, pendidik atas talian, pemasaran dan lain-lain.

Dalam masa yang sama trend pengembaraan semakin mendapat tempat khususnya dalam kalangan pemuda. Ramai yang mengambil peluang untuk menggabungkan peluang pekerjaan digital dan mengembara. Maka lahirlah sebuah istilah tentang gaya hidup ini iaitu digital nomad.
.
Digital nomad ialah mereka yang tidak menetap di satu tempat dan bekerja secara jarak jauh dengan menggunakan internet. Para digital nomad bekerja di pelbagai bidang antaranya perniagaan, penerbitan, pendidikan dan sebagainya asalkan dibekalkan telefon pintar, laptop dan jaringan internet.

Para digital nomad boleh melakukan pekerjaan di mana sahaja tempat tinggal mereka, baik di hotel mahupun apartment. Namun kebanyakkan, mereka lebih memilih untuk menggunakan fasiliti co-working space dan pejabat. Tetapi ada juga yang memilih untuk bekerja di kedai kopi, tepi pantai, restoran atau tempat-tempat yang disukai mereka.


Bahasa mudahnya, digital Nomad merupakan suatu gaya hidup dari orang-orang yang bekerja secara digital tanpa terikat dengan jam kerja dan dapat menikmati hidup mereka dimanapun mereka inginkan asalkan terhubung dengan jaringan internet.

Untuk menjadi digital nomad anda memerlukan 3 perkara sebagai persiapan.

1. Mengenali Potensi Diri.

Apakah kemahiran yang ada pada diri anda? pereka grafik? jurutera komputer? penulis? atau kemahiran lain? Setelah anda sedar akan potensi diri anda, asah kemahiran tersebut sehingga ketahap yang boleh diandalkan sebagai bekal sebelum memutuskan untuk menjadi seorang digital nomad.

2. Terbiasa dengan Deadline

Tantangan untuk menjadi seorang digital nomad ialah untuk menyelesaikan pekerjaan sebelum batas waktu. Apabila anda menjadi digital nomad, anda adalah bos kepada diri anda. Andalah yang akan menentukan dan bertanggung jawab pada jam kerja.

3. Internet

Ini yang paling penting. Kebanyakkan kerja memerlukan internet untuk anda kekal terhubung denga klien. Jika anda tidak dapat berhubung dengan kerap, kepercayaan mereka terhadap anda akan semakin terhakis.

Sekarang telah ada banyak laman jejaring yang menyediakan segala bentuk infromasi bagi mereka yang ingin menjadi seorang Digital Nomad. Antaranya laman Nomadlist.com, sebuah website yang menyediakan informasi negara, kota, suhu, sehingga kepada jumlah wang yang harus dikeluarkan apabila anda bekerja di tempat tersebut.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa