Bitcoin Sekali Lagi Jatuh Mendadak Pada Khamis

0 102

Bitcoin jatuh mendadak pada Khamis yang meningkatkan keraguan terhadap pemulihan harga matawang ini. Matawang digital ini jatuh sehingga 25% minggu lalu apabila regulator China menghalang bursa cryptocurrency di China.

Di bursa matawang digital Amerika Syarikat, Bitfinex menunjukkan kejatuhan bitcoin ke paras $3,629.50, iaitu sebanyak $246 atau 6.35% pada Khamis. Kejatuhan nilai Bitcoin ini menjadikan modal pasaran matawang digital ini jatuh di bawah $62 billion.

Bitcoin mengalami kesukaran untuk terus berada di sekitar paras harga $4,000 selepas regulator China menghalang urusniaga di beberapa bursa cryptocurrency di negara itu di mana ada yang memberi amaran Bitcoin adalah ‘Bubble’.

“Ia bukanlah penyimpan nilai kekayaan yang efektif kerana ia bergerak volatile (turun-naik), tidak seperti emas,” kata pengasas Bridgewater Associates Ray Dalio pada Selasa. “Bitcoin adalah pasaran spekulatif yang tinggi. Bitcoin adalah bubble.”

Pemain pasaran yang lain walaubagaimanapun cepat melatah dengan apa yang berlaku di China di mana halangan terhadap urusniaga cryptocurrency. Harus diingat bursa bitcoin di China hanyalah mewakili 10-13% dagangan bitcoin di seluruh dunia setakat ini.

Setakat Jumaat, Bitcoin susut 0.25% kepada $3,594.00 manakala Etherium naik 0.25% kepada $257.41.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa